Rindunya….

Rindunya hatiku ini..

Hanya Engkau saja yg mengetahui

apa yang terbuku dihati..

resahnya hatiku ini…

kesunyian meskipun ada teman disisi

Aku tak mengenali siapakah orgnya

tapi aku sangat merindui kehadiran mereka

merindui gelak tawa permata hatiku

mewarnai hidupku

ingin kucurahkan kasihku pada mereka

 

Bilakah aku dapat merasa detik manis ini?

Ya Allah kurniakan aku penyejuk mata dan penawar hatiku….

juga kekasih yang mencintaiMu… memimpinku  ke arah cintaMu

Menyemai kasih hingga ke syurga

Bisakah dicapai impian yang murni ini?

Kurniakan aku ketabahan hati untuk mendepani hari mendatang

Kurniakan aku kecekalan hati sekiranya hari depan tidak selalu cerah

Kurniakan aku kasih syg untuk agar aku dapat memberikan yg terbaik buat mereka

Sungguh hati ini merindui sebuah keluarga yg bahagia…

 

Leave a comment