Masihkah ada Cinta lepas kahwin?

5 05 2008

Aku selalu terfikir mende ni dalam kepala otak aku….sehingga aku keletihan dan kering jiwa aku kerana cuba menghayatinya… terkadang aku sampai hampirrrr tak percaya dengan perkahwinan bahagia kerana terlalu banyak kisah yang menggerunkan yang berlaku di sekeliling… bila terbaca tentang satu artikel, barulah terjawab persoalan aku selama ini.. cube dari segi teori sajalah… tu pun aku dah bengkak mata memikirkan masa depan jika semua ini terjadi… kita hanya mampu merancang…

Nak kupas isu ni pun aku pun TAKleh nak cakap banyak sebab sekadar pengalaman org ..

Bercinta sesudah kahwin memang lebih selamat dari dosa.. dan tetapi mengapa ada jua yg kecundang? Mengekalkan cinta lebih sukar dari bercinta..Aku rasa kata2 tu ada benarnye…

Boleh dikatakan saban hari aku memikirkannya….perkahwinan tak sama dengan bercinta (sebelum berkahwin) kerana perkahwinan itu digalas dengan tanggungjawab… dan amanah.. matlamat hanya lah satu iaitu mencari redha Ilahi… malah ada hadis yang menyatakan Barangsiapa yang berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh agamanya …

Soalnya setelah berkahwin, mengapa cinta pun turut layu seiring dengan masa? ada yg mengatakan setelah berkahwin cinta itu bertukar kepada tanggungjawab…betul kah?

Ada pula yg setelah berkahwin beberapa tahun tidak timbul rasa cinta pada pasangan dan kehidupan yg dilalui hanya atas nama tanggungjawab sebagai ibu, isteri.. kerana hatinya telah hancur dengan sikap suami yg kurang peduli akan perasaannya dan melayannya dengan baik.

Kebahagiaan diukur pada rasa ketenangan menurut Pahrol juoi dal m bukunya Satu rasa Dua hati..Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.

Senario yg kita lihat hari ini.. ada pasangan yg bercinta sebelum berkahwin tetapi bercerai setelah beberapa tahun kahwin kerana tidak sefahaman lagi, curang dsb. Ada juga pasangan yang mengharapkan bercinta setelah kahwin, tetapi setelah berkahwin tidak bertemu cinta… malah tiada rasa cinta pada pasangan… seterusnya berlaku curang dengan pasangan apabila bertemu dengan ‘cinta’ yg diimpikan….dan selama ini hidupnya sekadar tanggungjawab tapi tanpa cinta…. persoalannya di manakah silapnya?

Ye betul,lelaki setelah berkahwin fikirannya tertumpu bagaimana nak cari duit lebih untuk sara keluarga, tampung perbelanjaan sekolah anak2 , bayar loan rumah dll. Tetapi AWAS!!! sekiranya kehidupan yang dilalui setiap hari dengan rutin yang membosankan.. pergi keje.. hantar anak sekolah… balik rumah amik anak dan makan… kemudian tengok tv dan tido… tiada gurau senda dan masa berkumpul bersama dengan keluarga…cepat2 cari formula untuk menyuburkan rasa cinta dalam hati.

Rasa cinta tidak dibajai ia akan layu… jadi yang tinggal adalah tanggungjawab… Aku yg belum kahwin ni pun pilu je rasa hati bile aku meletakkan aku di situasi itu…huhu… yelah… sape tak sedih jika suasana hambar…tiada lagi serinya….

Aku slalu membayangkan tersiksanya jiwa jika pasangan tidak memahami dan menyayangi kita.. ya.. cinta perlu dipupuk.. jika tak dibajai ia akan layu.. seringkali terdengar rungutan pasangan yang telah berkahwin tentang pasangan tidak mempedulikannya… tiada lagi bunga2 cinta sperti sebelum kahwin… masing2 kelu dan dingin.. kadang2 bercakap pun sebab layan anak…selebihnya masing 2 buat hal sendiri…menyedihkan bukan?

Di sebalik kesibukan mencari duit untuk menyara keluarga, hingga tak sedar mengabaikan isterinya… bukan tak cukup perlindungan dan kemewahan yg diberi… tetapi jiwa ketandusan kasih syg seorang yang bergelar suami!!!

pelik bukan..kalo sebelum kahwin bukan main lagi beriya2 memikat si gadis untuk menyunting… tetapi apabila telah dapat , tidak dijaga dan dibelai dengan baik…Bukan nak sentiasa romantik… cume nak disayangi dan dihargai…tak susah pun nak pikat isteri..Berapa ramai lelaki yang melayan isteri nya seperti ‘ratu’ sebagaimana isterinya melayannya sebagai ‘raja’? Bukan ape..apa kedudukan isteri di mata suami?

Seringkali isteri meluahkan perasaan pada org lain , pada teman rapat, teman sekerja sebagai cara melepaskan tekanan… masalahnye bile ade lelaki lain yang menjadi pendengar setia luahan masalah dan mengambil kesempatan atas krisis rumahtangga yg melanda… sebab apa? sebab suami nya tidak ingin menjadi pendengar setia…

Lelaki pula melepaskan tekanan berbeza daripada perempuan… jika perempuan cenderung menceritakan dan meluahkan perasaannya.. lelaki pula cenderung untuk menyembunyikan perasaannya dan masalahnya.. malah ia akan mengasingkan diri dan perlu ruang untuk menenangkan diri… ada juga yang melarikan diri dari masalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti seperti bersukan, lepak dengan kawan2, memancing dsb…

Perempuan perlu belajar memberi ruang dan sokongan pada lelaki apabila dia tertekan…lelaki pula perlu belajar menjadi pendengar yg baik dan bagaimana menghargai isteri… penat lelahnya menguruskan rumah tangga… ni bukan tolong isteri buat keje umah, tapi berehat sambil menonton tv! nak pegang tangan jangan haraplah…dikata buang tabiat!

Apa kata sekali sekala pergi cuti berdua, beri hadiah dan ambil berat dengan bertanyakan tentang aktivinya pada hari itu… menolong melakukan keje rumah, selalu membelainya dah menggembirakan HATI nya…. layan dia seperti permaisuri hati bukan seperti org gaji! Jika laki tu menghormati perempuan yg bernama isteri, dia akan melayan isteri bak permaisuri… dan menghargai pengorbanan isteri dan tidak membebankannya. Sebab Hawa tu asalnye dari tulang rusuk Adam, penghibur dan pembantu sayap kiri suami… Tunjukkan dari segi perbuatan dan perkataan yg anda menghargai apa yg dilakukannya.. Isteri mana yg tak gembira bila suami memuji masakannya… penampilannya… tu sume motivasi yg menaikkan moodnya.

nak menggembirakan suami pula bagaimana? dengan menawan mata, perutnya dan layanan di tempat tido..

Begitu juga dengan suami, sekiranya ada perkara yang tidak puas hati dengan isteri jarang diluahkan dan dibincangkan bersama… takut terasa hati.. sedangkan semakin dipendam dan akhirnya menjadi kudis yang melarat…. mencari ‘pucuk muda’ untuk mengisi kekosongan hati..wajarkah isteri yang tidak diberitahu salahnya dihukum sedemikian rupa?

Ni memang mencari bala… silap2 ‘perang dunia’ !!! Isteri juga perlu belajar untuk memahami sifat lelaki yang sememang nye berbeza dari perempuan… tapi tak bermakna ia menjarakkan hubungan …sebaliknya ia saling melengkapi jika kita saling memahami dan bertoleransi.Perempuan memandang masalah setiap masalah itu adalah masalah tak kira besar atau kecik… sebab itu pemikiran perempuan selalu dipenuhi dengan pelbagai perkara.. dan bercakap adalah salah satu cara untuk melepaskan apa yg difikirkan…
Kebanyakkan keretakan rumah tangga berpunca daripada perkara yg kecil dan menimbulkan rasa sakit hati yang dipendam menjadi benci lalu lebih buruk apabila berlaku pengkhianatan cinta ekoran dari hubungan yg telah retak..Pengkhianatan cinta ini mengambil masa iaitu setelah tiada lagi ketenangan dan cinta lagi di dalam hati masing2…

Tu yang takut bile aku fikir pasal kahwin ni… bagaimana nak menghadapi cabaran rumahtangga? penyesuaian dengan pasangan… 5 tahun pertama perkahwinan memang tempoh untuk menguji keserasian… jika dalam 5 tahun ni tiada kesefahaman, bagaimana nak mengharungi bertahun2 lagi? Perkahwinan tanpa tanggung jawab @ cinta =sengsara ! Cinta lepas kahwin betul2 menguji keimanan dan sejauh mana ketaqwaan kita padaNYA..rencah org berkahwin ada pasang surutnya.. tegakah aku menghadapinya? terpukul lak rase… lidah hanya pandai berkata…

Sebaik2 suami adalah yang paling lembut terhadap isterinya… yang menjadi pemimpin dan pelindung..

Sebaik2 isteri ialah yang membahagiakanmu apabila kamu memandangnya,

menjaga hartamu dan kehormatannya apabila kau tiada…

“Tanggung jawab yang disulam dengan cinta yg ikhlas mencetuskan semangat dan keinginan yg tinggi untuk melakukan yang terbaik buat keluarga serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan berbanding tanggungjawab sekadar melepaskan batuk di tangga..” pepatah yg aku reka…hehe…

kata2 ust hasrizal ada benarnya..”apabila air pasang, cinta mengambil tempat, apabila air surut tanggungjawab dan peranan mengambil tempat..”

komen dialu2kan





kerana dia manusia biasa

10 02 2008

Kerana Dia Manusia Biasa ..

Setiap kali ada sahabat yang ingin
menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu
memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah
seorang teman yang baru saja
menikah. Proses me
nuju pernikahannya
sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian
membuat keputusan menikah.

Persiapan pernikahan
mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti
ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal
yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam
memilih
suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia
memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta
meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Sebenarnya….!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang isti
mewa. Hingga dia boleh me
mutuskan
untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia
menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa
perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk
me
nanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya
tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali Mamanya
mengetok pintu, meminta kami tidur.

“Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya
faham keadaanya ketika ini.

“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami
meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak
perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang
me
nerangi
bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang
selama ini saya pendamkan.

“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil
meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia me
mbuka laci
meja
hiasnya.
Dengan bantuan lampu LCD HP dia
mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya
menerima HP dari tangannya.
Envelop putih panjang
dengan cop
surat
syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya
melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.

“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya
melihat warnanya putih. Hehehehehehe……..

“Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan
senyum.
Se
mentara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya.
Saya mula
membacanya.Saya me
mbaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan
sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi
surat itu………

************************************************************************
************************************************************************
****************************

Kepada Yth ………

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon
menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu’alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama …………… menginginkan anda ……………
untuk
menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia
biasa. Buat masa ini saya
mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha
mendapatkan rezeki untuk me
ncukupi
keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus
me
nyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya
menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk me
nutupi
kelemahan saya dan
me
ngendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga
menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih
anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap
memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk me
nyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak berani
me
njanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin
menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu’alaikum Wr Wb
************************************************************************
***************

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini saya
membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga.
Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

“Kenapa kamu memilih dia……?”

“Kerana dia manusia biasa…….” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa
dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang
mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu
memberikan kesenangan tersendiri buat aku.”

“Maksudnya?”

“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada.
betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau
suatu masa nanti kami jadi miskin.

“Ssttt…….” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami
memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil
menutup mulut masing-masing.

“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi
masih terngiang terus ditelinga saya.

“Gik…..?”

“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa
me
ngantuk saya
telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang
mengatur
segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan.
Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada
seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses
me
nuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan
untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang
membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu
memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu me
nyegerakan
sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan
me
njaga
ketenangan dan kemantapan untuk
me
nikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian
merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Kisah di atas sedikit sebanyak telah mengubah pandangan dan persepsi saya tentang cinta. Kita terlalu mengagungkan cinta antara manusia, sedangkan ia hanya sementara. Cinta itu suci, tapi kita yang mengotorkannya dengan noda. Cinta itu anugerah dari Allah dan untuk memeliharanya ialah dengan mentaati Allah,walaupun tiada janji manis, harta, tapi andai kita mentaatiNya, InsyaAllah Allah akan memberkati kehidupan keduanya dan lahirlah kemanisan cinta yg bermatlamatkan kerana Allah..

Pimpinlah aku untuk mencintaiNya…





BEZA CINTA PEREMPUAN & LELAKI

31 01 2008

ni aku petik dari internet… aku suke isinye..


Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan
Membahas soal ‘cinta’ bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Apakah bezanya?


Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?
Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.

Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya.

Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.

Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?
Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didukunginya . Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?
Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk berbakti bagi isterinya dan menyanjungnya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan pengesahan hubungan mereka.





Apa ada Dengan Cinta

23 10 2007


Cinta bukanlah kata
murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah
dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya

 

Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh
Anyamlah buih-buih di laut
demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

 

Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan
Apa yang buta
ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

 

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

 

Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan

 

Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri
Kejarlah cita-cita sebelum cinta
apabila tercapainya cita- cita maka
dengan sendirinya cinta itu akan hadir .

 

Cinta
seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.

 

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan…

 

Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua
menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya
adalah satu keperluan kerana hidup

 

Tanpa cinta
bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

 

“Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat”
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Yangharus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan,
bukan cinta.

 

Hidup tanpa cinta seperti makanantanpa garam.
Oleh itu,
kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung

 

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu
tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

 

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu
sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

 

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru
tanpa usul periksa latar belakangnya
akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata
jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

 

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat
Sakit dan sihat tidak bertemu

 

Cinta itu tidakmenjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab
adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.

 

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga

 

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia
Oleh itu
semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT
kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih
daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

 

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama
Jua usahlah menangis di awal kegagalan
kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan
pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.

 

Untuk menyelami cinta dan cita-cita
anggap dahulu cinta itu derita
dan cita -cita itu cahaya
Sebelum mendekati erti cinta
mengertilah dahulu erti cita-cita
dan sebelum mengenal cinta
kenallah dahulu cita-cita.

 

Cinta yang terselit pendustaan
ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa
Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan
sebab itu bila sepi telah punah
maka selalunya cinta juga akan turut terbang

 

Bukan dikatakan cinta
apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya
Tetapi cinta itu ialah
perkongsian di dalam kecenderungan dan
kegemaran serta perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu
tidak kurang pentingnya dari anda

 

Cinta kepada wanita itu ertinya fitrah
kepada harta ertinya bakhil
kepada diri sendiri ertinya bijaksana
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa

 

Dalam percintaan kamu
janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan
kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang itu
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita
kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain.

 

Cinta yang suci
dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata-mata
Cinta adalah penyakit
manakala perasaan adalah kumannya
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

 

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas
yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh
tapi jodoh selalu bersama cinta

 

Sumber :lamanmotivasi.blogspot.com