DILEMA ANDARTU
Pandangan Masyarakat Terhadap Andartu
1)Masyarakat memandang serong kepada golongan andartu
Masyarakat sekarang tidak lagi empati sangat pasalandartu. Bukan sahaja di Malaysia,malah satu dunia.Sebab itu wujudnya cerita seperti Sex and The City- cerita tentang empat wanita30- an yang belum berkahwin. Kenapa andartu tak adasaham? Kenapa mereka biasanya mengalah sebelum masuk 35?Sebab lelaki pada apa-apa umur pun ada saham dan masih boleh berbini muda. Tak ada rupa pun tak apa. Mereka boleh cakap mereka hendakbujang seumur hidup dan mengubah fikiran pada umur 50;masih boleh dapat jodoh. Lelaki selalu mahukan wanita yang lagi muda darinya. Old men always go for younger women. Young menalways go for younger women. Tapi kalau wanita tuaberkahwin dengan lelaki muda, nanti mesti jiran-jiran kuat mengata. Dan wanita tua itu mestiseorang pelakon, sangat cantik atau kaya.
2)Masyarakat melabelkan andartu seorang pemilih dan cerewet
Sebenarnya andartu bukanlah pemilih seperti yangdisangka masyarakat tetapi perlu memilih pasangan hidup yang sempurna dan ianya bukanlah mudahseperti memilih ikan di pasar. Perkahwinan bukanlah untuksehari dua. Setiap pasangan pasti mengharapkan ikatan suci itu berkekalan hingga ke akhir hayat. Ia memerlukan keserasian dan pengertian.Biasanya wanita ini trauma mendengar bahawa membinaperkahwinan tidaklah seindah zaman bercinta. Cerita-cerita ngeri rumah tangga orang lain yang musnah seringkali membuatkanwanita-wanita ini kecut perut.
3)Andartu sebagai punca perkembangan maksiat
Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satufaktor yang menyebabkan perkembanganmaksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkanperkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisiAllah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu sekssecara haram. Kalau semua pihak ikut panduan syariatIslam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinanakan jadi mudah. Tidak akan timbul ‘jalan belakang’ untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam dirimanusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapatmenyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia
di atas terdapat beberapa pandangan masyarakat terhadap golongan andartu…(ni sy amik dari forum cari.com)
Saya belum lagi mencapai usia 30 thn..tapi saya rase terpanggil la nak menjawab tomahan en irfanonline nih (tak taula dia amik dari sumber mana)
sy tak rase golongan ni membebankan masyarakat
sebab
1. golongan ni bekerja keras, maklumlah org bujang kurang cuti..kurang komitmen lain so byk leh fokus kat keje..dan kebanyakan diorg ni aset penting pada sebuah syarikat. jadi mereka adalah penyumbang pada ekonomi negara sebenarnye.
2.golongan ni bukannye penyebab maksiat sebab perempuan makin berumur, makin banyak duit, keinginan tu boleh divert, lagipun masing2 dh besar, bukan budak2 lg… pompuan bukan mcm lelaki yg nafsunya satu aje..
so tak timbul la isu maksiat tu..yg tu individu sendiri.
gejala sosial dalam masyarakat ni bukanlah berpunca dari andartu.. tetapi daripada pergaulan bebas .
Masalah zina yg berleluasa di kalangan pelajar sekolah tu sebenarnye lagi membimbangkan dan wajar diberi perhatian yg serius..
hanya iman yg dapat menjadi benteng penyelamat ..
org yg ade iman, berakal, boleh fikir baik buruk…
kwn i ramai aje yg lum kawen.. ok aje… ade yg wat bisnes.. masing2 menjaga maruah diri dan bukan jenis sosial orgnye.. .tidak wajarlah seseorg andartu yg menjaga maruahnya dituduh sedemikian rupa hanya kerana dia tidak berkahwin….
kawen mmg dapat pahala, dan kebaikan ..tapi jangan lupe ramai juga yg masuk neraka kerana derhaka pada suami.. .
lagipun bukan senang nk cari lelaki yg baik sekarang…banyak pasangan bercerai berai sekarang..
Saya percaya ramai di kalangan andartu yg memang ade impian nak bekeluarga (except org yg mmg takmo kawen) dan bukan kehendak dia utk kawen lambat..
jodoh pertemuan di tangan Tuhan..
ade org hidupnye susah.. ade org hidupnye senang..
ade org jambatan jodohnye pendek.. mude2 dh dapat jodoh
ade org lambat dapat jodoh…
ade org yg mungkin ditakdirkan tak kawen kat dunia..mungkin jodohnya dengan penghuni syurga..(if dia beriman la)
hanya Allah yg tahu ape yg terbaik utk kita.. sebagai hambaNya kita kene usaha dan redhalah atas ketentuanNya
tapi kekadang keadaan, mslh kewangan, keluarga dan tak jumpe psgn yg sesuai menyebabkan diri tak kawen2.. . Apa yang penting kita happy.. ape guna jika berkahwin tapi penuh dengan masalah dan kesusahan? saya tak menolak perkahwinan, tetapi saya nak menyatakan yang penting ialah kebahagiaan.. sekiranya kita bahagia walaupun tak kawen, itu adalah hak dan pilihan dia.