Apa kurangnya isteri?

10 09 2008

Tajuk bunyi cam emosional..wakaka..

Bukannye ape..sbb ade kwn pd kwn cyber aku ade masalah komunikasi dgn suami dia. Lepas 5thn kahwin, hubungan pun mulai hambar….

Bila bercakap, suami buat2 tak dengar..

mungkin spt joke di bawah:

6 minggu, 6bulan dan 6 tahun selepas kahwin:

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Sedih betul setelah 6 tahun…tu baru 6 thn..agaknye cmnela kalo 30 thn?

Bukannye ape kadang2 kite lihat sebelum dapat, fuh, lautan api sanggup diredah… sanggup tunaikan ape sahaja permintaan kekasih…tapi mengapa setelah menjadi hak milik dilayan biasa sahaja..? Sedangkan isteri lebih berhak dari kekasih kerana cinta antara suami isteri cinta yg suci.(halal)

Bila membaca blog kawan saya yang baru menempuh alam perkahwinan… barulah nampak realitinya…. kawan saya bercinta dengan org lain tapi kahwin dengan org lain…
Bercerita tentang penyesuaian dengan kehidupan dan title baru sedikit sebanyak mencabar mental dan fizikal… Hidup sebelum ini solo, kini berdua… jika dahulu tak pening fikir kepala pasal org lain… sekarang ni balik rumah dan ada tugasan menanti… tanggungjawab yang lebih berat yang tentunya menagih sebuah pengorbanan yang bukan sedikit…. adegan rajuk dan air mata sudah tentunya menjadi lumrah bagi awal perkahwinan ekoran pertentangan pendapat dan keegoan masing2.  Dua insan berbeza jantina dan dari latar belakang , didikan dan persekitaran berbeza sudah tentu ada sedikit percanggahan dan perbezaan pemikiran, sifat dan tindakan. Di sinilah terujinya cinta yang sebelum ini berbunga2 indah…

Jika satu pihak menjadi api, maka satu lagi perlu lah menjadi air… jika api disimbah minyak tentulah api makin marak….cehh.. pandai tul aku bagi nasihat… tapi praktikal nyer lum tau lagik… dan tak semudah yg dikata..Biasela masing 2 berdarah muda, masing2 nak menegakkan pendapat masing2 dan tak  mahu mengalah…Sebab tu kalo ade tak puas hati bincang dan fikirkan penyelesaian terbaik… tolak ansur dan keterbukaan tu main peranan..

Menjadi seorang isteri yang bekerja bukanlah mudah. Dari awal pagi sudah bangun menyediakan makanan dan kelengkapan suami dan anak2. Basuh kain dan sidai kain.. kemudian bekerja.Setelah pulang  bekerja, tidak boleh bersantai di rumah seperti zaman bujang..

Dulu aku pelik gak napela mak aku penat sangat… kain tak berlipat…bersepah2.. bile baca blog kawan aku yg baru berkahwin, barula tau… penat nak uruskan rumahtangga …..hal2 remeh memang tugas ibu yg take over… sbb perempuan ni agak teliti dan cerewet…terutama bab kebersihan, susun atur barang, beli barang, pemakanan anak2…

Sambung balik…sampai di rumah, perlu memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak2, mengemas rumah, basuh dan lipat kain yang bertimbun, basuh pinggan mangkuk, menyapu lantai dan mengurus anak2, amik anak kat sekolah, nurseri dan melayan suami  yang semua ini memerlukan tenaga dan pengurusan masa yang teratur.kadang2 terlalu sibuk mengurus anak2 dan suami, diri sendiri terabai…patutlah tengok ibu-ibu  slalu jek tension…

Besarnye pengorbanan isteri , dari mengurus rumahtangga, menolong suami menambah pendapatan dan mengandung dan membesarkan anak2.tapi berapa ramai suami yg tahu menghargai ? Isteri tak mengimpikan harta dan kemewahan cume kasih syg dan penghargaan dari suami…  Jika suami memahami dan meringankan bebanan, tu cukup bermakna buat isteri.. Bertuah betul la kalo dapat laki yg ringan tulang nih..

Seboleh mungkin apabila bergelar isteri, isteri nak lakukan yang terbaik untuk rumah tangga… dan berusaha untuk menjadi ‘perfect’ .. tapi hakikatnya tak semudah yang disangka.. banyak ujian dan cabarannya.

Bertambah hebat  dugaan apabila suami pula main kayu tiga dan ada wanita lain. Kesetiaan dan pengorbanan isteri selama ini bagaikan angin lalu yang menghembus… tiada erti buat suami…


Apa kurangnya isteri?

Seringkali isteri dipersalahkan dan dicari kesalahannye …

Bila suami cari lain biase org akan melihat kepada silap si isteri…

Sedangkan kegatalan si suami dan silap si suami jarang dilihat ..sedangkan suami itu ketua dan sikap isteri adalah cermin suami…suami seharusnya memikul tjawab mendidik isteri..

Mari kita lihat apa rungutan yg selalu keluar dari mulut suami…

Selekeh? — laburkanlah sedikit duit untuk dia menghias diri dan mencantikkan diri…beli kan dia baju yang cantik.. siapa yang untung?  suami jugak kan…
Dan boleh jadi sebab tiada masa, menyebabkan tak sempat nak berdandan.. jadi ringankan tulang membantunya membuat keje rumah… dan bagilah galakan baru dia bersemangat! Galakan tau.. bukan sindiran…ahaks!

Pemarah. garang macam singa?

Ya, ramai suami terkejut apabila isteri yang dulunya lembut berubah menjadi garang… malah membebel pulak tu… adehhh…

Rilekk…rileks…Dia marah tu mesti bersebab…Selidiklah takkan dia marah tanpa sebab…beb.. mesti ada..anda yang tak perasan kot…
kkdg kesilapan tu nampak kecik pada suami, tapi besar pada isteri. Bukan dia memperbesarkan, tapi itu la beza pemikiran laki dan perempuan… dan lagi satu, selidik mungkin dia tension. Tension leh menyebabkan seseorang moody… marah… mungkin ade masalah kat tempat keje, masalah dengan kawan, jiran, keluarga,

ntah2..anda ade buat dia kecik hati… ataupun keje bertimbun2 dengan rumah bersepah… lum lagi karenah anak2 yang merengek menangis…leh jadi gila cmni…..

Amik berat dan amik tahu..kalo dulu mase bercinta sibuk tanya buat apa itu ini…sakit pening sume tau. Ni takkan dah kahwin buat dono jek.. karang u sakit dia buat dono karang baru tau!

Satu sms suami tanya pasal keadaan ister @ aktiviti dia hari tu pun dh mengembirakan dia.. senang je kan ?

Lagi satu ha… kalo masa dia PMS tu jangan la cari pasal.. kalo tak abis anda..sebab org tengah sakit, bila dikacau melenting dia… dan kebanyakan perempuan masa ni mudah nk marah… tapi tak sume cmtu.. ade yg jadi sensitif mcm aku ni.. hehe..

Terlalu Sibuk

Maklumlah bile sibuk ni kadang2 ade yang terabai…jangan memendam rasa kelak ia akan melarat. Bawa berbincang dan luahkan ketidakpuasan hati. Tegur dengan baik. Isteri tempatnya di sisi suami.. Setinggi mana pun jawatan anda ditempat kerja , anda tetap seorg isteri bila di rumah.Masa yang ada hendaklah dimanfaatkan sebaiknya..kualiti yang penting. Di samping teguran tu, ringan2kan tangan membantunya mengurus keje rumah dan anak2….. tak jatuh pun maruah suami, malah disayangi lagik..hehe. Bagi mengelakkan rasa terabai, apa kata anda luangkan masa dengan hobi …jadi masa lebih terisi.  Tolak ansur dan kerjasama bagi saya amat penting, kerana apabila kedua2 pihak saling membantu menguruskan rumah tangga jadi masing2 akan lebih memahami dan menghargai pasangan masing2.. Sesekali cari masa untuk keluar berdua untuk menhangatkan kembali hubungan dan meredakan tekanan ..

Jika ada masalah lain, berbincanglah… bukan mencari masalah dengan curang di luar!

Isteri pun manusia biasa, bukan superwoman…ade kelemahan. Kelemahan ini lah yang perlu dilengkapi suami…kerana isteri pakaian suami, dan suami adalah pakaian isteri.. Tiada manusia yg sempurna..

tertarik pada suatu kata2 ni :

“A great marriage is not when the perfect couple comes together ,

it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences”


Mengapa isteri tidak dilayan seperti permaisuri? Sedangkan suami dilayan bak raja… Ada isteri yang cantik dan baik pun suami masih mencari lain… Itulah sifat manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang ada… bila dah hilang baru tercari2. Malang lagi ada yang memerlukan isteri hanya bila susah, bila nak sesuatu dan selain dari tu tak dipeduli…Hina sangat ke kedudukan isteri daripada kekasih?


Bukan nak suruh manjakan isteri sampai naik kepala, tapi di mana lagi isteri nak bermanja kalo bukan pada suami…malangnya ramai suami yang tak faham dan merasakan isteri mereka mengada2.. Kenapa isteri dilayan macam kelas kedua, sedangkan kekasih yang tak de ikatan tu dilayan istimewa…sungguh tak patut!  terfikir jugak, adakah bunga2 cinta tu hanya indah bile masa bercinta, tapi layu setelah berkahwin?

Memang laki yang tak kuat iman boleh tergoda dengan perempuan di luar… apatah lagi kestabilan ekonomi dan perwatakan yang matang menjadi idaman gadis yang mencari calon suami di luar sana.. tapi it takes two to  tango!

Ramai tak menyedari pentingnye memikat isteri.. proses memikat ini bukan terhenti setelah berkahwin.. kerana hati manusia ni ade pasang surutnye… kasih syg kalo tak dibaja kan akan layu… susah hati kan bila suasana semakin hambar… Sebenarnye bile seorang isteri ni dilayan dengan istimewa dan dihargai, self esteemnya akan meningkat dan ia akan menggembirakan orang lain di sekelilingnya… Tak caya? try la…hehe..
Tentu seronok kan melihat insan yang kita sayang ketawa gembira… Bila hati suka dan tiada masalah dan tekanan, nak buat kerja pun mudah dan emosi pun ceria… (^_^)

Berhentila mencari kekurangan isteri, sedangkan kita sendiri pun tak lari dari kesilapan sebagai manusia…Perbaiki kelemahan untuk keharmonian perhubungan..Sifat sabar tu sangat penting, maklumlah emosi perempuan yang tak menentu.. andalah yang perlu membimbingnya supaya tak mengikut hati… Jika sebelum berkahwin , beria2 lakukan apa sahaja untuk menawan hati si gadis…

Mengapa anda sebagai suami tak bersungguh nak memenangi hati isteri? Tak sukar jika anda tahu kuncinya...

Ade satu poll yg dibuat berkenaan apa yang isteri nak daripada suami?  kat forum.cari.com.my. Dimana setiap org boleh pilih tak lebih dari 5 pilihan.

tau tak pe resultnye ?

jeng2 jeng…

ni senarai ikut undian tertinggi..

1. kasih syg  (love)—-                                91 ( 18.84%)
2. perhatian (attention)                                68 (14.08%)
3. teman bicara (a friend to talk)                  67 (13.87%)
4. belaian mesra (warm affection)                54 (11.18%)
5. respect    ——–                                     51 (10.56%)
6. tlg jaga anak & urus keje rumah —          46 (9.52%)
7. timbang rasa (understanding)             –   42 (8.70%)
8. penghargaan (appreciation)              —-   38 (7.87%)
9. Great lover                               —–  20 (4.14%)
10.kmewahan                              —–   6  (1.24%)

Ni result general je la..Semua tu kemahuan perempuan.nasiblah takleh vote lebih dari 5 kalo tak pening nk kire… cume,lain perempuan lain prioritinya.. nak tahu tanye lah sendiri pada si dia… hehe..

Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran…

Di rumah dia isteri, Di jalanan kawan.. Pabila buntu dia penunjuk jalan…


Panduan telah diringkaskan oleh Ustazah Norbahyah dalam ungkapan S.U.A.M.I  I.S.T.E.R.I

S- sabar dengan karenah isteri

U-

A- akhlak dengan isteri, keluarga

M-memimpin anak isteri

I- Ikhlas dalam melaksanakan tjawab

I- isteri idaman,patuh pd suami

S- Sayang, setia pd suami

T- tabah

E- elok akhlak

R- rendah diri ,malu pd suami

I- Ilmu mesti ada

* Petua ni saya ambil dari rancangan Semanis Kurma 11/9/08 tv 9.U -Tapi tak sempat salin  U untuk apa.hehe
p/s: Ape la aku membebel pagi 2 ni .. kahwin pun belum hehe… terajin lak buat ulasan kisah2 rumahtangga. komen dialu2kan..