Isteri asik membebel? jangan risau ade caranya…

14 10 2008

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

“Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq”.

“Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.

“Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.

“Itu saja ke haji?”

“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”

“Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

“Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, “Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

“Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.

“Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. “Dah mati ke bini aku ni?”

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

“Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”

Jawab si jembalang tu, “Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.

………………………………………………………………………………

ape moralnye?

bebelan pengubat rindu? hihihihihi…

bebelan tu tanda amik berat dan luahan rasa ketidakpuasan hati..sebab perempuan ni jenis expressive.. suka meluahkan bila tertekan..  kalo diam aje.. ade lak yg fikir.. isteri aku tak tanye ape2 pun… dia tak risau ke..tak syg aku ke? tul tak?

cume mungkin cara tu kurang disenangi… maklumla baru je balik lum sempat duduk dah kena soal siasat dan serangan bertubi2..

Cikgu sy pernah cakap. Perempuan start membebel bila dah kahwin… bile fikir balik ye tak ye jugak… sebab pe? meh kite tgk sbb2nyer…

-suami balik lambat

-rumah bersepah, berselerak..

-suami tak tolong buat keje umah, tido je..tgk tv

-suami tak tolong jaga anak

-suami tak bertanggungjawab, main kayu tiga

-mcm2la perkara yg tak puas hati…

pastu rasa tak secure perhubungan tu… tu yg timbul sangka buruk…

-lagi satu, isteri ni biaselah nak perhatian suami.. maklumlah bile lagi kan.. suami asik kat luar keje.. so, bile kat rumah tu la nk bermanje, nk amik sedikit masa nk borak..dsb.. jadi suami ni kenal jd pendengar yg baik..

kkdg perempuan ni dia cume nk seseorang untuk dengar luahan hati..nak sokongan emosi…empati.. (aku pun tak dpt jd pendengar yg baik..) tapi laki biase akan bagi cadangan utk selesaikan masalah tanpa diminta..(aku pun kkdg cmni..hehe) tu yg perempuan rasa laki ni tak memahami..


Anak dara nak bebel ape? bebel kat kucing? hehe…

what do u think?





Adamku…

2 09 2008

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,

sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun…..terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…..

mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku…akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,

Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…….

Yang benar,

Hawa

Nukilan ni sy copy paste… bukan sy tulis tau!

Adam sunyi tanpa Hawa.. dan Hawa pula menginginkan Adam untuk memimpinnya..





pe kata lelaki?

25 06 2008

org perempuan slalu merungut tentang egonye laki tu… bgmana nak menegur seorang lelaki?

dan seeloknya didiklah anak ni bermula dari rumah..
mmg lelaki ni bile dah jadi buluh susah nak dilentur…

aku penah tanye lelaki bagaimana nk menegur lelaki dan teguran bagaimna yg disenangi?

dan respon yg aku dapat ialah :

Kebiasaannya lelaki bila berumahtangga di anggap rumah yang dibinanya macam rumah mak bapa nya sendiri… kalu rumah mak bapa nya tak ada sistem rumah tangga (lintang pulang).. benda ni boleh mempengaruh dirinya.. jika dia sendiri tak pandai hormat org tuanya atau ahli keluarganya macam mana dia nak hormat isterinya..

org lelaki memang susah sikit.. kena ada scale yg tinggi.
Jgn tegur ketika dia sedang lakukannya
Tegur jgn berulang2… cakap sekali aje.. kata2 mesti padat dan ringkas..
Jgn tegur depan org lain

Jgn cuba compare dgn lelaki lain yg lebih hebat darinya…
Jgn sekali cerita perangai / tabiat lelaki tu pada pada org lain ketika ia ada sama..
Yg paling lelaki boring sekali leteran yg beterusan…

Cuba guna pendekatan becerita sambil bertanya..
Cuba dapatkan pandangannya dlm sesuatu pekara.
Sebenarnya lelak ini suka becerita dan suka beri komen
Masa yg sesuai ketika makan bersama, bersiar bersama atau menonton tv bersama..
Soklan mesti jangan menekan.. jgn sampai ia rasa bersalah..

Nak kasi lelaki rajin….. emmmmmm..
Buat2lah sibuk depannya macam tak de masa nak besama…
Ada saja pekara nak buat.. insyaallah ia akan sedar bantuannya di perlukan..
Atau.. lambat kan masuk bilik .. biar dia tuggu lama sikit..
Dah masuk bilik cari minyak agin.. sapu di lengan .. tunjuk macam lengguh buat kerja rumah.. nak kasi real lagi cari kain balut tangan.. mesti suami kata jgn la buat kerja teruk2
Jawab ringkas aje “kalu saya tak buat siapa lagi nak buat” jgn sambung “abg bukan nak tlng” itu boleh merosakkan teori ini…
Amalkan seminggu dua..

Selamat mencuba ..
kalu gagal juga..
suami tu memang jenis LELAKI LOW CLASS….

Laki tu kalo dah jadi buluh, susah nak lentur…

Saye rase ramai perempuan akan cakap ” awak bukan nak tolong…”. patutla teori tak jadi…hehe
point taken..
sbb perempuan ni mulut dia lebih laju dari akal dia..
yg dia tau nak luahkan pe perkara yg tak puas hati dlm kepala otak dia..
kire release tension dia…
tu pasal la bile perempuan tension,GERAMMM… tu kdg2 meleret2 ntah bende lain pn dia ungkit..
tu belum lagi kalo balik lewat ke… lagi berjela2 la ceramah ..
anak berderet lagila leteran tu mcm mesin gun
betul la org ckp perempuan ni start berleter bile dh kahwin…

silap ckp dh terluka hati
silap cakap, dah merajuk
silap cakap makin buruk jadinya..

bahaya kata2 nih…
nk kene belajo mengayat nih…

Lelaki ibarat buluh…
mmg buluh tak leh lentur..
tapi dibelah , di raut kendian dianyam jadi lah raga ke ,bakul ke dan brg prhiasan lain..
maknnya lelaki ada part yg dia lemah.. baru boleh jinakkannya..
laki mmg tak suke diarah2 dan di control,
lelaki juga punya maruah utk dia pertahankan
jika wanita bergelar ibu atau kakak nya.. blh dia terima..
jika teman wanita dia rasa rimas
jika isteri .. hidup rasa mcm dihina..
jadi jgn konkong penghidupan lelaki

sdgkn perempuan suke ke tak suka mmg dia kene ikut”
dlm ertikata lain wanita itu lemah…
tak gitu ??
wanita lemah pada tenaga nya bukan akal nya
jika berjaya cari kelemahan lelaki maka
dia digelar QUEEN CONTROL..

“nape laki ssh sgt nak dgr ckp”?
kerna wanita cakap lain dari fakta…

tension,GERAMMM… tu kdg2 meleret2 ntah bende lain pn dia ungkit”..
belajarlah dari lelaki..
selalunya kalu lelaki tension dia akan lari dari keadaan
lepas geram di tempat lain..

Tu dia pendapat seorang lelaki mengenai soalan yg aku ajukan kat dia.. (takpe ye aku tepek kat sini..)

Tips tu bukan saya kasi.. tapi ni laki yg cakap.. trylah.. mana tau berkesan!!! hehe..





BEZA CINTA PEREMPUAN & LELAKI

31 01 2008

ni aku petik dari internet… aku suke isinye..


Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan
Membahas soal ‘cinta’ bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Apakah bezanya?


Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?
Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.

Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya.

Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.

Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?
Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didukunginya . Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?
Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk berbakti bagi isterinya dan menyanjungnya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan pengesahan hubungan mereka.





Sukar memahami hati wanita ?

11 12 2007

SUKARNYA MEMAHAMI WANITA

ni luahan dari seorg lelaki

bila lelaki @ perempuan lambat dtg temujanji..
lelaki kata: takpelah.. jalan jem.. nak buat camaner
pompuan kata: awak memang selalu x tepati masa..

(perempuan nmpk lambat tu sbg sikap)
bila lelaki @ pompuan lupa pada harijadi..
lelaki kata: emm.. tak kisah pun..
pompuan kata: dah tak sayang kat kita la tu..
(bg laki, hari jadi sekadar tarikh,

bg perempuan ingatan tanda kasih)

bila kita sakit..
lelaki kata: dah makan ubat ke belum..
pompuan kata: tidolah.. pas bangun tido ok la tu..

(bagi laki: tu tandanya amik berat

bagi perempuan : nk bermanjelah tu…)

bila lelaki @ pompuan tanya ..sayang kat kita tak?
lelaki kata: mestilah sayang..
pompuan kata: emm… sayang kot..

(bagi lelaki : karang kecik hati)

bagi perempuan : mana ade..(ego)
ni luahan seorg suami….

Sukarnya memahami seorang wanita, ternyata bukan mitos semata. Sedangkan
lagi sedang ber “mat tahir” memang sudah terasa sukarnya, saya fikir
setelah menikah lebih mudah memahami wanita. Ternyata, semakin sukar!
Berdasarkan hasil pengamatan saya, ternyata justeru hal-hal kecil dari sisi
kehidupan seorang wanita yang paling sukar difahami.
Semua orang juga tahu kalau wanita itu suka bershopping. Saya juga sering
menemani isteri shopping; boleh juga “mencuci mata” … he..he..
Kalau saya ( mungkin hampir semua lelaki juga sama ) selalu straight to the
point, niat nak beli kasut, terus ke kedai kasut dan tak sampai tiga puluh
minit sudah dapat sepasang kasut di tangan. Lain pula dengan isteri tercinta
yang pada mulanya dari rumah niatnya cuma nak beli klip rambut memerlukan
waktu lebih dari dua jam! Itupun akhirnya terkadang tak terbeli, malahan
dibelinya mekap, beg dan mainan untuk si kecil.

(perempuan nafsu dia bercabang, suke pada barang kemas, suke shopping..dll, bile tengok barang teliti– bukan sekadar harga tp kualiti)

Pernah juga saya menemani dia ke pekan hanya untuk membeli sandal dan setelah
berpusing dari satu kedai ke satu kedai selama berjam-jam, dengan muka
selambaland mengatakan bahawa modelnya tidak ada yang perkenan dihati dan
meminta diantar ke tempat lain. Oh my, God! Dari sekian banyaknya kedai yang
menjual beraneka fesyen kasut tak satupun model yang berkenan di hatinya …..
iskkkk boringnya rasa dihati, tapi kerana cinta, ya sudah ….. akhirnya
saya turutkan sahaja (meskipun dalam hati saya rasa semacam jerr…)

(pandangan lelaki tak sama: laki tgk merah sebagai satu warna, hakikatnya warna merah tu ada merah hati, merah darah, merah jambu… dan suami jugak bangga bile isterinya pandai menjaga penampilan..tak gitu? )

Masalah pakaian pun sering bikin pusing kepala. Kalau dia pakai baju baru dan
saya buat derk, pasti muncungnya…hermmmmm. Saya dikatakan tak appreciate isteri,
dsb, dsb …. Padahal maksud di hati saya bukan begitu. Dah, bajunya segudang;
mana saya hafal yang mana baru yang mana lama…..ha..ha… saya sering jadi
ketawa sendirian.

(suami kenelah concern, isteri pakai baju baru pun tak perasaan…pujian tu dpt menaikkan self esteem… kalo bukan suami puji sape lagi? kalo org lain puji dulu jeles plak..perkara kecik ni kkdg leh menguris hati isteri)

Soal penampilan pun demikian. Kalau saya puji dia cantik; dia tak percaya;
rayuan kosong katanya; kalau tak memuji dia mula muncung lagi, katanya dah tak
cinta lagi…. wah… boleh bikin pusing kepala!

(pujian tu biar ikhlas bukan setakat nak amik hati…)

Belum lagi seringnya dia mengeluh kegemukan, alias tak vogue. Padahal di mata
saya dia sudah kelihatan perfect. Dengan status sudah menjadi ibu, tubuhnya
masih lagi ramping. Tapi katanya masih kurang malah kepingin diet ketat segala
….. lha… memangnya mahu jadi papan setrika? Katanya pingin punya penampilan
menarik untuk suami, nah wal hasil saya selaku suami sudah merasa fine-fine aja
kok masih tetap tak vogue.

(kalo cmtu jgnlah cari alasan nk cari lain!, ni pantang nampak perempuan berdahi licin lyn gak…mana isteri tak risau dan takde keyakinan)-oleh itu suami kene bagi keyakinan pd isteri tentang penampilannya…

Yang juga sering jadi pemula pertengkaran adalah rasa curiga yang kadang bikin
saya nak tertawa tergolek-golek. Isteri saya itu hobi utamanya menonton telemovie dan wayang gambar. Kadangkala saya ikut menemani dia menonton, dan kalau saatnya ada adegan suami yang main kayu tiga, dengan tatapan penuh kecurigaan dia cakap
camnie: “Papa tak macam tu kan?!”

(dia cume nak ingat2kan sblm terlambat..phm2 sendirilah.. kalo tak buat tak yah terasa k.. beringat sblm kene!)- tp kebanyakan suami tak suke bile isteri ckp cmtu seolah2 tak percayakan dia

Huh, kesal rasanya, niat baik ikut temankan menonton; meski saya sebetulnya
alergik menonton cerita camtu akhirnya saya juga yang dicurigai.

Bila saya nak gi memancing pun tak kurang juga kecurigaan isteri tersayang itu.
Kalau saya melarang dari ikut sama; kerana di luar sana cuaca panas dan kotor
- dia monyok dan menuduh saya yang bukan-bukan, misalnya ada janji ngan awek …

Ya, sudahnya saya ajak juga. Ehwahhh, bila tiba di lobok pancing mulalah dia
kepanasan dan cakap bau busuklah, kena gigit nyamuklah dan baru sebentar saja
dah merengek minta pulang.

(dia just nk bersama dgn awk dan nk pastikan awk tak bersama dgn org lain…)

Kalau saya nak duduk kat kedai kopi sama sahabat lama, maka wajib bagi saya
untuk menyerahkan daftar nama. Kalau ada satu saja nama yang tak berkenan di hati, jangan harap dapat permit keluar rumah….. wah, garangnya mengalahkan
ketua kawad saya dulu… he.. he….

(haha…kalo tak nanti awk berdating ngan aweks..)

HP…….. juga sering juga jadi masalah. Kalau saat dia telefon ke HP dan
>kebetulan HP tak aktif, sudah dapat dipastikan mailbox saya akan penuh dengan omelannya.

Abes tu, di dalam bilik mesyuarat memang tak boleh “ON” HP aperr…
tapi……… saya juga yang salah…… Ha.. ha.. lagi-lagi saya jadi ketawa
sendirian.

Begitulah, bagi saya wanita itu ternyata memang sangat sukar difahami,

Cinta saja
tak cukup untuk memahami mereka,

diperlukan pula kesabaran yang tinggi.

Adakahperasaan saya ini mewakili para suami yang lain?

Salam.

p/s : sudah tentu kehendak wanita dan lelaki berbeza…

Perempuan hanya nakkan perhatian dan kasih syg

tak susah jika anda buka hati untuk memahami

Apepun tolak ansur tu penting…





Rahsia air mata wanita

6 12 2007

Perempuan memang mempunyai jiwa yang lembut dan sensitif. Air mata dan wanita mmg sinonim, apatah lagi bile hati dalam kesedihan, sakit mahupun tertekan…

“Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Air mata wanita adalah curahan perasaannya…sedih, gembira, tertekan,kecewa…

Kekuatan wanita bukan terletak pada fizikal, tetapi pada hati yg tabah menerima kehilangan,cacian, kesusahan dan ujian daripada insan di sekelilingnya…





Lelaki tak nak….

20 11 2007

What men don’t want:

1. Laki tak nak tunggu pompuan shopping berjam-jam.
2. Laki tak nak tunggu pompuan make up berjam-jam
3. Laki tak nak tunggu pompuan berjam-jam
4. Laki tak nak pompuan asyik merajuk tanpa sebab
5. Laki tak nak pompuan cemburu tak tentu pasal
6. Laki tak nak pompuan moody tak tentu pasal
7. Laki tak nak pompuan asyik nak marah jer..
8. Laki tak nak pompuan nak menunjuk-nunjuk pandai
9. Laki tak nak pompuan yang asyik nak gaduh jer..
10. Laki tak nak pompuan asyik mengumpat
11. Laki tak nak pompuan yang main kayu tiga…empat lima enam…
12. Laki tak nak pompuan yang eskyen nak mampus
13. Laki tak nak pompuan yang penipu

14. Laki tak nak perempuan queen control

1. Laki tak nak tunggu pompuan shopping berjam-jam.
- kan byk pilihan, kenelah pilih yg terbaik…

2. Laki tak nak tunggu pompuan make up berjam-jam
– berbaloi tau hasilnyerr….hehe..

3. Laki tak nak tunggu pompuan berjam-jam
- kesabaran tu kan penting.. separuh dari iman lagi.. pompuan pun penat gak tunggu bile lelaki nak masuk meminang..hehe..

4. Laki tak nak pompuan asyik merajuk tanpa sebab
- you tak bagi perhatian….i merajuk lah…hehe…

5. Laki tak nak pompuan cemburu tak tentu pasal
- cemburukan tandanya syg…tak suke ke ade org syg…


6. Laki tak nak pompuan moody tak tentu pasal
- kadang2 hormon perempuankan tak menentu… cian kat kaum pompuan..(aku pun tak suke perempuan moody..)

7. Laki tak nak pompuan asyik nak marah jer..
- korg cube tanye kawan aku penah tak diorg tgk aku marah?
aku takkan marah org tanpa sebab…

8. Laki tak nak pompuan nak menunjuk-nunjuk pandai
- kadang2 kiterorg nak bagi pendapat ajer… tak semestinya nak tunjuk pandai..(nape tercabar ke bang? jgn mare…)

9. Laki tak nak pompuan yang asyik nak gaduh jer..
– jgn cari gaduh ngan perempuan…yg ko cari gaduh ngan diorg tu pesal?

10. Laki tak nak pompuan asyik mengumpat
- tak semestinya pompuan suka mengumpat.. lelaki pun kalau duk berkumpul tu… samerlah rasanyer (jgn nak nafikan ok)

11. Laki tak nak pompuan yang main kayu tiga…empat lima enam…
- kalau taknak.. take care lar betul2…

12. Laki tak nak pompuan yang eskyen nak mampus
- dan lelaki kebanyakannya ego nak mampus.. 2×5 ke?

13. Laki tak nak pompuan yang penipu
- perempuan pun tak suka ditipu…

14. Laki tak nak perempuan queen control

- Perempuan takkan control laki if dia rase secure dan jika laki tak menggatal dgn perempuan lain

Sekian…

 






9 Sikap wanita yg Disukai Lelaki

6 11 2007

Keibuan


Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian


Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih
waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak
terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya .

Menghargai


Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanitamembuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan


Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara


Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok
samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Adakecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

byknye kekuranganku…kalo ade test perempuan sejati ni.. mcm tak lulus ajek..ahaks!





10 KEBENARAN TENTANG LELAKI

1 11 2007

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

sumber: resepicinta.blogspot.com

p/s: sebenarnya lelaki seorang yg agak lurus.. tp malangnya jawapan yg dijawab seringkali tidak memuaskan hati wanita…kepada wanita,jadikan ini sebagai panduan untuk lebih memahami lelaki.





10 SITUASI LELAKI YG PERLU DIFAHAMI

28 10 2007

Kekadang perempuan buntu memikirkan sikap lelaki… Sukar hendak memahami pe yg dikehendaki lelaki…Begitu jua sebaliknya… untuk perhubungan yg baik, perlu ada persefahaman. Mungkin situasi di bawah dapat membantu kamu.

1. Bila si dia sibuk…

Jangan sesekali merengek atau mengada-ngada ( yangg paling kasar bahasanya ” TERGEDIK-GEDIK” semata-mata nak menarik perhatian si dia. Fahamilah keadaan si lelaki mungkin memikirkan sesuatu yangg lebih penting. Mungkin perancangan masa depan untuk membina Mahligai Impian. macam Impian kasih

2. Bila si dia ego……
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik….

Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran….
Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat…….
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri…
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba……
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang…..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul…..
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.