Salam
Setelah beberapa lama mendiamkan diri…tengok kawan update blog…tangan ni rase gatal lak nak menekan2 keyboard.. dah lama dah pikir tajuk ni…tapi tu la bile idea ade..tak plak tulis… last2 hilang….
Tengok entri2 kebelakangan ni…baru perasan banyak no entri pasal kawen…hehe…dh sampi seru kot… yela umur dh setgh abad ni ape lagi nak fikir… selain kehidupan…plak tu masih mencari…jadi sokmo la pasal cinta kan…?
kalo yg dh kawen tu maybe topiknye serius cket..atau cam kawan saya banyak pasal anak2… tapi kalo laki maybe isu semasa dan global…,politik…perempuan biase la bab2 perasaan la… sebab perempuan dan emosi tak dapat dipisahkan…
anyway..berbalik pada tajuk…kerana dia seorang perempuan..
Kerana dia seorang perempuan…
dia perlu ingat bahawa dia adalah insan istimewa yg berbeza dengan lelaki kerana akalnya senipis rambut, hatinya serapuh kaca, perasaaannya selembut sutera…tutur katanya terselit kelembutan, kesopanan, dan memiliki sifat yg pemalu.. realiti hari ini sifat2 ni dah semakin terhakis…malah kalo ade yang bersifat demikian mungkin wanita melayu terakhir kot! adab2 ketimuran semakin hanyut ditelan arus kemodenan dan terjajah dengan anasir dan budaya asing . kalo nak cermin diri sendiri ntah saya sendiri pun tak tau la bape percent je yg tinggal……lum masuk bab2 kemahiran seni tangan lagik…kuikuikui…
Kerana dia seorang perempuan ….
Saya sebenarnye teruja nak tengok ape perspektif lelaki tentang perempuan…so guys…ade nk share pendapat?
Perempuan boleh menjadi kekuatan dan juga kelemahan lelaki. Selalu dengar tak pepatah di belakang seorg lelaki yg berjaya terdapat seorg perempuan….
yup… tak dinafikan peranan seorg perempuan memberi sokongan dan dorongan buat lelaki yg bergelar suami menyuntik semangat di kala kesusahan dan memecah kebuntuan…(dapat ke aku jadi wanita yg hebat cmtu?) cakap mmg la berdekah2… tapi ianya menuntut seribu pengorbanan…
dan pernah tak dengar kekalahan nepoleon disebabkan seorg perempuan… yup kalo tengok pemimpin banyak yg jatuh sebab perempuan, yg terlibat dengan skandal seks misalnya Bill Clinton…waahhh dahsyat jugak tarikan wanita nih… macam mane tu seorg lelaki yg gagah perkasa bisa lemah tunduk dengan rayuan perempuan? sebab lelaki ni nafsunya satu iaitu pada perempuan. mudah tergoda dan tertarik pada kecantikan, tubuh badan,lenggok berjalan, suara yg manja… mase tu fikiran pun dh takleh nak fikir…kesian gak kat laki nih…perkasa di luar tetapi lemah di dalam…
hanya Iman sahaja yg dapat menjadi benteng penyelamat..
Kerana dia seorang perempuan…
Berapa ramai lelaki merasa kan mereka adalah pelindung, pemimpin perempuan?
Memang tak dinafikan dalam zaman moden ni perempuan bersaing bersama2 dengan lelaki dan berjaya dalam banyak bidang. Malah penglibatan wanita kini tidak lagi asing meskipun dalam bidang dahulunya pernah dimonopoli oleh lelaki…
Memang bagus perkembangan ini, tapi awas…
sikap wanita kini yang lebih banyak berdikari menyebabkan adakalanya lelaki merasakan mereka tak perlu melindungi perempuan… dan alpa tentang tjawab mereka untuk memimpin dan mendidik kaum wanita…
Lelaki tidak bersifat pelindung satu hal… dan yg dilindungi pun kkdg tak inginkan perlindungan macam sesetengah wanita yg ego, yg enggan mendengar pendapat org lain, lazimnya agak kurang menghormati suami…setinggi mana pun jawatan seorg perempuan tu…tapi bila di rumah dia kene patuh pada suami selagi suruhan tu tak bertentangan dgn syarak la…
Dan kenapa perempuan hilang kepercayaan dan hormat pada lelaki?
adakalanya kerana pengalaman pahit yg dilaluinya…mungkin pernah dikhianati lelaki, pernah dirogol, dikasari dan sikap lelaki tu yg merosakkan perempuan…tak tau la nape ade lelaki yg tak berperikemanusiaan yg tergamak membunuh isteri, anak2… tu yang kekadang pompuan hilang kepercayaan kat lelaki…
Memang susah nak jumpa lelaki yg menghormati perempuan…kalo cakap ngan pompuan tu kasar dan lebih teruk lagi suke bergurau lucah…eiiii geram tul ngan org camni… tak hormat perempuan langsung! kalo lelaki mule tinggi suara kat perempuan, jangan heran kalo dia tetibe melenting..bukan macam tu caranya menegur perempuan… sebaiknya… guna kan pendekatan yg lembut.. dan nasihat atau pun kata2 yg memberi semangat dan dorongan…tapi kalo tak jalan baru la leh tegas..tp tu pun ade hadnye… bukan sampai naik kaki tangan!
jadi saya nak menyeru kat lelaki , jejaka yg budiman… agar jadilah lelaki yg baik.kerana andalah pemimpin keluarga. Jika keluarga bahagia, negara sejahtera…(eceh…macam slogan ape lak…hehe) dan kalo nak jadi pemimpin kenela ade ilmu serta tunjuk teladan yg baik… Ramai juga lelaki yg menyalhgunakan peranan mereka sebagai ketua keluarga dengan bebas melakukan ape sahaja meskipun menyakiti isteri…sebab itu la pentingnya ade ilmu agama supaya tidak jahil dan berhikmah dalam mendidik… tjawab sebagai pemimpin ni berat….sebagai suami kenela bijaksana mengemudikan bahtera.
Bgaimana nak menyelesaikan masalah ini? Kembali kepada agama dan fitrah dapat menyelesaikan masalah yg timbul.
Ini kerana sekiranya semua lelaki dan wanita sedar akan tanggungjawab masing2 tiada lagi yg teraniaya..kerana lelaki dan wanita saling memerlukan dan melengkapi..
Last but not least, kita sebagai pemimpin kepada diri sendiri pun kene la sentiasa perbaiki diri.. takkan nak mengharap org lain jek…kalo org lain tegur tapi diri sendiri tak mo berubah tak guna jugak kan?