Dan sebenarnya

Salam perkenalan dari saya

tak tahu bagaimana saya nk mulakan

Awk

Sebenarnya saya tak pandai nak berbicara..

mungkin di sini la tempat sy meluahkan isi hati saya…

Perkenalan kita mungkin baru lagi..

Masih banyak lagi yang saya belum tahu mengenai awak

Memang saya agak kekok semalam bila bertemu dengan awak

Memang saya tak pandang awak sangat rasenye

tak banyak perkara yg kita bualkan semalam

time kasih luangkan masa awak untuk jumpa dan layan saya

saya tahu awak penat buat kerja

rasa nak lapkan aje peluh awak tu..hehe..

awk tak perlu nak jadi sekacak fahrin

cukup dengan jadi  diri awak pun dah mencuit hati saya…

 

saya cuba mententeramkan hati saya

tapi akhirnya saya tewas pada perasaan saya

 

entah mengapa asik memikirkan awak

resah hati saya memikirkan ape respon awak nanti

Ya Allah kuatkan hatiku menerima ketentuanMu

apa pun respon awak saya terima

sekiranya saya bukan terbaik untuk awak,

saya doakan moga awak temui pengganti saya yg berkali ganda lebih baik dari saya

Cinta manusia datang dan pergi

Sedangkan cinta Ilahi cinta abadi

 

 

 

Rindunya….

Rindunya hatiku ini..

Hanya Engkau saja yg mengetahui

apa yang terbuku dihati..

resahnya hatiku ini…

kesunyian meskipun ada teman disisi

Aku tak mengenali siapakah orgnya

tapi aku sangat merindui kehadiran mereka

merindui gelak tawa permata hatiku

mewarnai hidupku

ingin kucurahkan kasihku pada mereka

 

Bilakah aku dapat merasa detik manis ini?

Ya Allah kurniakan aku penyejuk mata dan penawar hatiku….

juga kekasih yang mencintaiMu… memimpinku  ke arah cintaMu

Menyemai kasih hingga ke syurga

Bisakah dicapai impian yang murni ini?

Kurniakan aku ketabahan hati untuk mendepani hari mendatang

Kurniakan aku kecekalan hati sekiranya hari depan tidak selalu cerah

Kurniakan aku kasih syg untuk agar aku dapat memberikan yg terbaik buat mereka

Sungguh hati ini merindui sebuah keluarga yg bahagia…