cantik..

4 03 2008

Bercakap pasal cantik..semua org suka pada kecantikan…

Cantik, menarik kau memang the BOMB!

Tak salah nak cantik,tapi biarlah cantik tu bukan setakat luaran sahaja, tetapi merangkumi kecantikan dalaman kerana itulah kecantikan yg sebenar. Kecantikan dalaman akan menyerlahkan peribadi yg anggun dan menarik. Tapi ramai orang yg memandang cantik pada paras rupa sahaja..dan memandang org yg kurang cantik ini dengan sebelah mata… sedangkan semua itu adalah ciptaan-NYA..

kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka
pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan
yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya..
macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong
perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh
perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan
saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi
telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya
halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga
memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat
luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome menuang air ke
gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki
gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke
gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu,
memang begitu….

kalau lelaki handsome hantar
SMS…cepat2 dibalas…

kalau lelaki tak
handsome dia akan ckp buang masa je layan

perempuan lak


Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!

kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya….
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia…boring

Macam2 ragam manusia..tp ingatlah cantik tu tak kekal..

Biarlah tak cantik di mata tp hatinya cantik.. lagipun bile dah suka, sume tentang dia pun nampak cantik..

Altimet Feat Adeep Fabulous Cats – Chantek

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa…
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa…
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu…