Kampungku banjir…

29 12 2007

banjir

al kisahnye aku baru balik ke rumah dari johor pada petang selasa… esoknye pada 19 Disember 2007… kami sekeluarga pulang ke kampung di Chenor, Pahang…Ingatkan raya haji tahun ni raya kat Selangor lagi… dh 2 ke 3 thn asik raya haji kat ibukota…
Kami bertolak lepas asar… dan kami sempat singgah di setapak untuk makan malam di Restoran Sajian Warisan, Taman Melati… Sungguh menyelerakan sup ekor nya… lagipun mmg perut aku tgh lapar…hehehe….

Dalam kul 10 kitorg sampai…uiisshhh.. banyaknyer kete mase nk sampai umah Cik Teh. Selain dari mangsa banjir yg terdiri dari sedara2 aku, ramai gak yg balik….mujurlah umah cik teh aku kat kawasan lebih tinggi…. kalo tak, mungkin nenek aku kene beraya kat tempat pemindahan banjir di sekolah afzan… Esok Cik Teh aku nak buat kenduri doa selamat …

Nampaknye pakcik2 aku sibuk memasak gulai biri2 malam tu… Alamak, nape la sembelih biri2? aku dah le tak makan kambing… Budak2 sepupu2 aku sume lepak tengok tv… cerekarama.. pastu tgk majalah 3 jap pasal haji… pastu tgk Harry potter…

Jam dah lebih 12 malam, mata aku dah rase berat… tapi segan plak nak tido… sebab ramai gak yg lum tido lagi… tapi lama2 tak tahan gak terpakse gak aku cari port untuk tido…. oleh kerana rumah pun dah sesak.. terpaksela tido kat ruang tamu… risau gak aku… tapi nk buat cmne… bilik dah penuh..wpun mak aku ngan cik ngah aku masih berborak, aku dh terlelap di alam mimpi….ZZzzzzzz….

Indah langit kerana awan

Indah laut keran kebiruan

Indah aidilfitri kerana kemaafan

Indah aidil adha kerana pengorbanan…

Itulah pantun sempena raya haji

Keesokkan paginya,iaitu di pagi raya, aku menikmati sarapan pagi, nasi impit bersama gulai biri masak kicap.Memula takut gak aku nk try makan gulai tu… tapi mane ade lauk lain… tapi diorg kata tak bau hamis pun… so aku pun try… ha’ah la, tak bau hamis… kalo tak memang aku tak makan… mungkin sebab masak kicap dan rempah dia menyebabkan tak de bau… macam makan daging lembu lak… aku tolong makcik aku mengemas ruang tamu… maklumlah nnti org nak datang kenduri tengah hari. Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi, aku pun bersiap2 ikut mak aku ngan nenek sedara aku gi solat raya. Masjid dekat je.. jalan kaki 5 minit dah sampai….

Ni kali pertama solat raya kat masjid ni… sebelum ni selalu solat raya kat surau kat Lanting… Dalam keadaan ditimpa musibah banjir, imam mengingatkan supaya banyakkan bersabar… ni baru ujian sedikit …

setelah habis solat raya, aku menyinsing lengan menolong makcik2 aku kat dapur…
aku sediakan makanan untuk kenduri… walaupun terputus bekalan air, mujurlah ade kolam dapat gak menadah hujan… kenduri kecil2lan je… hanye sedara mara dan jiran berdekatan…

Org semakin ramai yg datang.. aku tolong makcik aku basuh pinggan… tgh2 basuh pinggan hujan turun dengan lebatnye… Alhamdulillah… sbb air untuk mandi dah makin sikit…
so leh top up air kat bilik air…

pas solat zuhur baru aku makan… aku mmg suke masakan kampung, apetah lagi ade ulam…
ade gulai biri2 masak kicap, sayur kobis masak lemak, ikan masin, ulam dan sambal belacan.. berselera betul aku makan…. pas abis lepak 2 ngan mak sedara…biaselah bile perempuan dah berkumpul, banyak tul citenye, tambah plak sedara datang bertandang…
aku kan pendiam, so aku hanye dengar jelah…. tak tau nak masuk katne…
mak sedara plak sume jenis kecoh2….

tak sangka plak ade byk kes yg berlaku ari tuh…. kes ape? ha, ape lagik… sepupu2 aku yg kenit tu baru 5 thn la buat hal…. biasela, bile dah ramai 2 ni dah tak terjaga….

kes 1 : Soba dan mahani pagi tadi abis main bedak… abis papan congkak tu dgn bedak…
kes 2 : ingatkan lepas diorg tak dapat terjun kolam nak mandi, diorg duk diam2.. rupenye ade plan B… bijak jugak diorg ni… diorg g masuk kolah dalam bilik tamu…. abis….
dah le banjir, air lak takde… hanye bergantung air hujan…
kes 3 : diorg g main mesin jahit plak ….yg pening mak2 diorg la… terfikir lak aku… camne la kalo aku nanti ade anak2 kecik….ish2… geleng2 kepala aku nk fikir… ..

Petang tu mak aku ajak gi umah nenek aku kat kg londang. Dalam kul 2.30 kitorg bertolak… tak sabar2 rasenye nak naik bot meredah banjir…. hehehe… bukan slalu dapat naik bot… nenek aku sampai beli bot tau… dulu mase aku kecik penah gak banjir…. aku ingat lagi aku naik sampan…

Nampaknya kali ni banjir lebih besar. Air naik, paya pun dah jadi cm sungai… signboard jalan pun dah tinggal separuh… nampaknye pagar nak masuk umah tuk aku nmpk atas aje… tapi mujurlah air banyak dah surut. Sebelum ni paras tangga umah tuk aku.. sekarang ni dah nmpk pagar depan umah… sekian laporan banjir di kg londang, Chenor, Pahang… Bahagian dapur la paling teruk..berlumpur.. Nampak nye ayam ternakan tuk aku terselamat… tapi biri2 aku tak nmpk katne… mungkin diorg duk tempat selamat kot.. hehe.. bahagian ruang tamu tinggi cket.. so, tak kena. bilik mak cu aku pun kene gak… kesian dia tak jadi tunang sbb banjir.. kalo tak 16 Disember ari tu…
Tetibe hujan turun dengan lebatnye… aku pun mengambil beberapa shot…. sebelum memulakan operasi pembersihan dapur dan bilik bawah… YEAHHH…mari kita mulakan….

cucikeje pembersihan sedang giat dijlnkancimg4670jpg-kecik.jpgcimg4716jpg-kecik.jpg

sental2 sume lantai.. buat keje ramai2 ni taklah terasa penat sangat… cume ruang2 sempit dan ade barang je yg susah cket nak capai…. tu lum masuk ruang kat luar…rombongan ke2 pun sampai…ape lagi kerahan tenagalah… setelah 2 jam lebih akhirnya operasi tamat….ALHAMDULILLAH/….berpeluh2 gak la… sempat lagi diorg g tangkap ayam untuk korban mkn malam…hehe…. wpun mereka selamat dari banjir… tapi tak selamat dari menjadi santapan manusia…hehehe…

Pastu agenda seterusnya … main banjir… memula aku ingat malas nk main skali… takut gak mcm dlm aje.. tapi bile tgk tuk dan sepupu2 aku yg kecik dari aku pun join skali berenang … aku takkan nak tercegat je kan??? errgghhh… mmg tak sedap pun berenang dengan bau tanah… tapi bile lagi nak merasa main banjir ye dakkk? lagipun tmpt kitorg main tu dpn umah, kat jalan raya… air takat dada….huhu… mjur kaki masih berpijak di bumi nyata….. kalo idak.. some body save me ! best gak main ramai2 ni… hehe… abis satu kuarga dan sume org turun main…. tgk umah jiran … amik beberapa shot yg best… hehe…yg kelakar tu adik aku sampai terketar 2 menggigil2 pegang kamera…hahaha…

dlm kul 6 lebih…. kitorg pun naik bot dan pulang ke umah cik teh aku…. lepas tukar baju sume.. kami pun makan malam. pas solat maghrib.. kami bersiap untuk pulang ke Bangi gak malam tu… sebab mak aku banyak keje tak settle… adik aku sorg tinggal kat kampung… Sampai bangi dalam kul 11mlm… fuh penatnye…tak lama aku dah masuk ke alam mimpi….

TAMAT





Kisah Cinta dan Rumput

29 12 2007

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.





Sukar memahami hati wanita ?

11 12 2007

SUKARNYA MEMAHAMI WANITA

ni luahan dari seorg lelaki

bila lelaki @ perempuan lambat dtg temujanji..
lelaki kata: takpelah.. jalan jem.. nak buat camaner
pompuan kata: awak memang selalu x tepati masa..

(perempuan nmpk lambat tu sbg sikap)
bila lelaki @ pompuan lupa pada harijadi..
lelaki kata: emm.. tak kisah pun..
pompuan kata: dah tak sayang kat kita la tu..
(bg laki, hari jadi sekadar tarikh,

bg perempuan ingatan tanda kasih)

bila kita sakit..
lelaki kata: dah makan ubat ke belum..
pompuan kata: tidolah.. pas bangun tido ok la tu..

(bagi laki: tu tandanya amik berat

bagi perempuan : nk bermanjelah tu…)

bila lelaki @ pompuan tanya ..sayang kat kita tak?
lelaki kata: mestilah sayang..
pompuan kata: emm… sayang kot..

(bagi lelaki : karang kecik hati)

bagi perempuan : mana ade..(ego)
ni luahan seorg suami….

Sukarnya memahami seorang wanita, ternyata bukan mitos semata. Sedangkan
lagi sedang ber “mat tahir” memang sudah terasa sukarnya, saya fikir
setelah menikah lebih mudah memahami wanita. Ternyata, semakin sukar!
Berdasarkan hasil pengamatan saya, ternyata justeru hal-hal kecil dari sisi
kehidupan seorang wanita yang paling sukar difahami.
Semua orang juga tahu kalau wanita itu suka bershopping. Saya juga sering
menemani isteri shopping; boleh juga “mencuci mata” … he..he..
Kalau saya ( mungkin hampir semua lelaki juga sama ) selalu straight to the
point, niat nak beli kasut, terus ke kedai kasut dan tak sampai tiga puluh
minit sudah dapat sepasang kasut di tangan. Lain pula dengan isteri tercinta
yang pada mulanya dari rumah niatnya cuma nak beli klip rambut memerlukan
waktu lebih dari dua jam! Itupun akhirnya terkadang tak terbeli, malahan
dibelinya mekap, beg dan mainan untuk si kecil.

(perempuan nafsu dia bercabang, suke pada barang kemas, suke shopping..dll, bile tengok barang teliti– bukan sekadar harga tp kualiti)

Pernah juga saya menemani dia ke pekan hanya untuk membeli sandal dan setelah
berpusing dari satu kedai ke satu kedai selama berjam-jam, dengan muka
selambaland mengatakan bahawa modelnya tidak ada yang perkenan dihati dan
meminta diantar ke tempat lain. Oh my, God! Dari sekian banyaknya kedai yang
menjual beraneka fesyen kasut tak satupun model yang berkenan di hatinya …..
iskkkk boringnya rasa dihati, tapi kerana cinta, ya sudah ….. akhirnya
saya turutkan sahaja (meskipun dalam hati saya rasa semacam jerr…)

(pandangan lelaki tak sama: laki tgk merah sebagai satu warna, hakikatnya warna merah tu ada merah hati, merah darah, merah jambu… dan suami jugak bangga bile isterinya pandai menjaga penampilan..tak gitu? )

Masalah pakaian pun sering bikin pusing kepala. Kalau dia pakai baju baru dan
saya buat derk, pasti muncungnya…hermmmmm. Saya dikatakan tak appreciate isteri,
dsb, dsb …. Padahal maksud di hati saya bukan begitu. Dah, bajunya segudang;
mana saya hafal yang mana baru yang mana lama…..ha..ha… saya sering jadi
ketawa sendirian.

(suami kenelah concern, isteri pakai baju baru pun tak perasaan…pujian tu dpt menaikkan self esteem… kalo bukan suami puji sape lagi? kalo org lain puji dulu jeles plak..perkara kecik ni kkdg leh menguris hati isteri)

Soal penampilan pun demikian. Kalau saya puji dia cantik; dia tak percaya;
rayuan kosong katanya; kalau tak memuji dia mula muncung lagi, katanya dah tak
cinta lagi…. wah… boleh bikin pusing kepala!

(pujian tu biar ikhlas bukan setakat nak amik hati…)

Belum lagi seringnya dia mengeluh kegemukan, alias tak vogue. Padahal di mata
saya dia sudah kelihatan perfect. Dengan status sudah menjadi ibu, tubuhnya
masih lagi ramping. Tapi katanya masih kurang malah kepingin diet ketat segala
….. lha… memangnya mahu jadi papan setrika? Katanya pingin punya penampilan
menarik untuk suami, nah wal hasil saya selaku suami sudah merasa fine-fine aja
kok masih tetap tak vogue.

(kalo cmtu jgnlah cari alasan nk cari lain!, ni pantang nampak perempuan berdahi licin lyn gak…mana isteri tak risau dan takde keyakinan)-oleh itu suami kene bagi keyakinan pd isteri tentang penampilannya…

Yang juga sering jadi pemula pertengkaran adalah rasa curiga yang kadang bikin
saya nak tertawa tergolek-golek. Isteri saya itu hobi utamanya menonton telemovie dan wayang gambar. Kadangkala saya ikut menemani dia menonton, dan kalau saatnya ada adegan suami yang main kayu tiga, dengan tatapan penuh kecurigaan dia cakap
camnie: “Papa tak macam tu kan?!”

(dia cume nak ingat2kan sblm terlambat..phm2 sendirilah.. kalo tak buat tak yah terasa k.. beringat sblm kene!)- tp kebanyakan suami tak suke bile isteri ckp cmtu seolah2 tak percayakan dia

Huh, kesal rasanya, niat baik ikut temankan menonton; meski saya sebetulnya
alergik menonton cerita camtu akhirnya saya juga yang dicurigai.

Bila saya nak gi memancing pun tak kurang juga kecurigaan isteri tersayang itu.
Kalau saya melarang dari ikut sama; kerana di luar sana cuaca panas dan kotor
- dia monyok dan menuduh saya yang bukan-bukan, misalnya ada janji ngan awek …

Ya, sudahnya saya ajak juga. Ehwahhh, bila tiba di lobok pancing mulalah dia
kepanasan dan cakap bau busuklah, kena gigit nyamuklah dan baru sebentar saja
dah merengek minta pulang.

(dia just nk bersama dgn awk dan nk pastikan awk tak bersama dgn org lain…)

Kalau saya nak duduk kat kedai kopi sama sahabat lama, maka wajib bagi saya
untuk menyerahkan daftar nama. Kalau ada satu saja nama yang tak berkenan di hati, jangan harap dapat permit keluar rumah….. wah, garangnya mengalahkan
ketua kawad saya dulu… he.. he….

(haha…kalo tak nanti awk berdating ngan aweks..)

HP…….. juga sering juga jadi masalah. Kalau saat dia telefon ke HP dan
>kebetulan HP tak aktif, sudah dapat dipastikan mailbox saya akan penuh dengan omelannya.

Abes tu, di dalam bilik mesyuarat memang tak boleh “ON” HP aperr…
tapi……… saya juga yang salah…… Ha.. ha.. lagi-lagi saya jadi ketawa
sendirian.

Begitulah, bagi saya wanita itu ternyata memang sangat sukar difahami,

Cinta saja
tak cukup untuk memahami mereka,

diperlukan pula kesabaran yang tinggi.

Adakahperasaan saya ini mewakili para suami yang lain?

Salam.

p/s : sudah tentu kehendak wanita dan lelaki berbeza…

Perempuan hanya nakkan perhatian dan kasih syg

tak susah jika anda buka hati untuk memahami

Apepun tolak ansur tu penting…





Rahsia air mata wanita

6 12 2007

Perempuan memang mempunyai jiwa yang lembut dan sensitif. Air mata dan wanita mmg sinonim, apatah lagi bile hati dalam kesedihan, sakit mahupun tertekan…

“Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Air mata wanita adalah curahan perasaannya…sedih, gembira, tertekan,kecewa…

Kekuatan wanita bukan terletak pada fizikal, tetapi pada hati yg tabah menerima kehilangan,cacian, kesusahan dan ujian daripada insan di sekelilingnya…