konvoi raya

1 11 2007

Setelah beraya di rumah sanak sedara pada hari raya pertama… raya kedua aku duk umah je… org plak datang bertandang…

Pagi tu memang kene leter lah sbb tak masak.. so, thari… kami sekeluarga masak. Ayah aku lah ketuanya… aku just tolong prepare bahan jekk… kitorg masak nasi beryani…dengan kari daging. Ape? kari KAMBING? I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA….hehehe… takpe ni bukan kambing tapi rusa…..Tak silap aku thn lepas pun kitorg masak nasi beryani… mmg lakulah abis….. malam tu pergi kenduri umah sepupu tuk aku…(open house lah kire kalo kat bandar). Dah lama aku tak jumpe dua pupu mak aku.. anak dia pun dah besar2…nk g oversea sorg..

Raya ketiga ktorg akan pergi terengganu ikut rancangan kul 3 ptg nk bertolak… Aku tak pernah lagi g besut…kalo K.terengganu, jertih tu pernahlah…tengah hari tu aku pun takde idea nk masak pe selain ikan sardin dan gulai lemak ikan masin…masakan kampung

Biaselah nak konvoi ramai2 ni puas nk kumpul org… dlm kul 3.30 baru setel…Ramai gak yg ikut… ade dlm 10 buah kereta.. ( termasuk kete pengantin..) tp 6 buah kete gerak dulu…

Memang Best konvoi ramai2 ni… dulu penah gak konvoi berarak sepupu mak aku kahwin kat Perak… dah lama tak berkonvoi nih.hehe… Kitorang berhenti berehat dan solat di Gambang,Kuantan. Biaselah konvoi bile dah ramai nih… asik berhenti je…nak g tandaslah… nak isi minyaklah…terlepas trafik light lah.. kitorg ikut highway dan kuar melalui Jabor.. Kire dalam kul 7 dah masuk tganu..Kemaman..

Pastu kitorang lalu tempat pemprosesan petroleum iaitu di Jerteh…mmg terpegunlah tengok lampu terang benderang… pemandangan yg sgt cantik di waktu malam… mcm kota yg indah dihiasi dengan lampu2….

Dalam kul 9 lebih sampailah kitorg kat umah makcik aku kat Kuala Terengganu..

Aduh…belum sampai Besut lagi…lagi 2 jam lagi nih…budak2 ni dah lapar…. mujur de bawak nasi ngan lauk kenduri mlm tadi..bukan nasi je tapi ngan periuk nasi skali! pe lagi g goreng nugget.. fuh masing2 kebulur nmpknyerrr… abis lauk! aku cume isi perut ngan mkn keropok… perjalanan perlu diteruskan…tak sempat nk melepaskan lelah…


Actions

Information

Leave a comment