Perut oh perut…

22 11 2007

Perut aku meragam semalam…

Pagi tu aku asik terjaga je… tidurku terganggu. Tak sedap perut rase… rase cm malas nk bangun… tapi tak boleh tido lak… last2 aku bangun gak… dan terus g toilet…

Tak taulah nape aku cirit birit dan isi perut sume keluar…muntah2 lagi…pahit aku rase… Ape kene ngan aku ni? pas basuh kain dan mandi, aku pun g gosok baju. Pas gosok baju, perut aku memulas lagi. Aku masuk bilik air buat kali ke2. Cirit birit ngan muntah lagi… rupenye bukan aku sorg je . housemate aku sorg tu pun cirit birit ngan muntah…

Pe kitorg mkn mlm td? Aku mkn n.grg daging kunyit. ishh..keracunan makanan ke ni?

Aku rase cm tak larat je…tp sape lak nk hntr kwn aku ni… jadi aku pun menggagahkan diri dan sampai gak kat tmpt keje… aku bfast bubur. kat ofis pun aku g toilet… ishh tak leh jadi nih…nk g klinik lah… tak laratlah asik nk g toilet je keje.. jadi pengunjung setia toilet le pulak…

pastu aku g klinik. Dr cakap aku salah mkn ni.. dia check2 perut aku dan bagi ubat. Ultracarbon untuk serap pe yg aku buang dan air garam untuk ganti cecair yg hilang…

Balik tu aku baring je… ingatkan nk tido lah… tp perut aku ni rase tak sedap je… aku makan ubat. tak lama tu aku rase loya… abis penuh sink ngan muntah aku…ubat aku mkn ngan bfast pagi td pun kuar…. teruk betul aku rase.. lembik aku rase…

Petang tu aku masuk toilet lagi rase nye dh kali ke 7 aku g toilet ari ni !!! tak tahan dah….

Berpeluh 2 aku…tak selesa betul…baik aku mandi…tgk tangan aku pun dh pucat… ngan muntah2 lagi… aku rase tak bermaya.. rase cm nk pitam…

aku tgk atas.. dh nmpk tompok2 hitam…alamak..cm nk pitam je aku ni…jgnlah pitam dlm bilik air…  aku pun terus duduk…biarkan saje air mencurah2… kalo aku berdiri leh tumbang rasenye… lembik lemah aku rase. byk cecair yg hilang…i’m exhausted… help me..

pas mandi aku rase lapar plak.. jadi aku pun turun bancuh milo ngan oat.minum air panas rase lega cket… fuhhh.. cmni ke rase org yg keracunan makanan tuh? tak larat aku mcm nk pengsan.. aku muntah bukan ape sbb bau yg memualkan…

aku tgk pesal kwn aku takdelah g bilik air memanjang..dia tido je lam bilik…aku je yg asik ulg alik g toilet…sampai lembik badan aku.. pastu kwn2 aku balik.. aku pun duk baring atas sofa smbil tgk spa Q. pas makan bubur dan ubat barulah perut aku rase lega cket…cume aku pening je..jd aku pun tido awal. rasenye 9.30 aku dh naik tido… takut aku nak makan kat tempat tu lagik…

serik aku rase…mujur hari ni Alhamdulillah aku dah tak muntah2 lagi… badan pun dh tak lembik.. perut oh perut.. jgn wat hal lagi yer…

oklah perut aku dah nyanyi2 dah ni.. dah hepi kot tak sakit lagi…(^_^)





Lelaki tak nak….

20 11 2007

What men don’t want:

1. Laki tak nak tunggu pompuan shopping berjam-jam.
2. Laki tak nak tunggu pompuan make up berjam-jam
3. Laki tak nak tunggu pompuan berjam-jam
4. Laki tak nak pompuan asyik merajuk tanpa sebab
5. Laki tak nak pompuan cemburu tak tentu pasal
6. Laki tak nak pompuan moody tak tentu pasal
7. Laki tak nak pompuan asyik nak marah jer..
8. Laki tak nak pompuan nak menunjuk-nunjuk pandai
9. Laki tak nak pompuan yang asyik nak gaduh jer..
10. Laki tak nak pompuan asyik mengumpat
11. Laki tak nak pompuan yang main kayu tiga…empat lima enam…
12. Laki tak nak pompuan yang eskyen nak mampus
13. Laki tak nak pompuan yang penipu

14. Laki tak nak perempuan queen control

1. Laki tak nak tunggu pompuan shopping berjam-jam.
- kan byk pilihan, kenelah pilih yg terbaik…

2. Laki tak nak tunggu pompuan make up berjam-jam
– berbaloi tau hasilnyerr….hehe..

3. Laki tak nak tunggu pompuan berjam-jam
- kesabaran tu kan penting.. separuh dari iman lagi.. pompuan pun penat gak tunggu bile lelaki nak masuk meminang..hehe..

4. Laki tak nak pompuan asyik merajuk tanpa sebab
- you tak bagi perhatian….i merajuk lah…hehe…

5. Laki tak nak pompuan cemburu tak tentu pasal
- cemburukan tandanya syg…tak suke ke ade org syg…


6. Laki tak nak pompuan moody tak tentu pasal
- kadang2 hormon perempuankan tak menentu… cian kat kaum pompuan..(aku pun tak suke perempuan moody..)

7. Laki tak nak pompuan asyik nak marah jer..
- korg cube tanye kawan aku penah tak diorg tgk aku marah?
aku takkan marah org tanpa sebab…

8. Laki tak nak pompuan nak menunjuk-nunjuk pandai
- kadang2 kiterorg nak bagi pendapat ajer… tak semestinya nak tunjuk pandai..(nape tercabar ke bang? jgn mare…)

9. Laki tak nak pompuan yang asyik nak gaduh jer..
– jgn cari gaduh ngan perempuan…yg ko cari gaduh ngan diorg tu pesal?

10. Laki tak nak pompuan asyik mengumpat
- tak semestinya pompuan suka mengumpat.. lelaki pun kalau duk berkumpul tu… samerlah rasanyer (jgn nak nafikan ok)

11. Laki tak nak pompuan yang main kayu tiga…empat lima enam…
- kalau taknak.. take care lar betul2…

12. Laki tak nak pompuan yang eskyen nak mampus
- dan lelaki kebanyakannya ego nak mampus.. 2×5 ke?

13. Laki tak nak pompuan yang penipu
- perempuan pun tak suka ditipu…

14. Laki tak nak perempuan queen control

- Perempuan takkan control laki if dia rase secure dan jika laki tak menggatal dgn perempuan lain

Sekian…

 






Destinasi Cinta

13 11 2007

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…





9 Sikap wanita yg Disukai Lelaki

6 11 2007

Keibuan


Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian


Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih
waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak
terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya .

Menghargai


Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanitamembuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan


Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara


Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok
samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Adakecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

byknye kekuranganku…kalo ade test perempuan sejati ni.. mcm tak lulus ajek..ahaks!





CINTA SEJATI dan Teman Sejati

3 11 2007

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ketika kita berciuman?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…
____
Kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh….
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan C I N T A . .
_____
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .
Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .
melainkan awal suatu kehidupan baru . . .

_____
Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas…
LAGI..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .
kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .

_____
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh
Entah bagaimana…dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .
dan menyadari . . bahwa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau
buat

_____

TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata ” A k u l u p a . .”
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ” T u n g g u s e b e n t a r “
Tetap tinggal ketika kamu berkata ” T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i

Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ” B o l e h k a h
s a y a m a s u k ?”

_____

MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .
melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .

_____
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .
Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .
sementara air mata yang tersembunyi ,
menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .

_____
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . .
dapat mencintai seseorang . .
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .

_____
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN kerana kita menyedari
bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

_____
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( ” Fight For Your Dream” )

Itulah: C I N T A S E J A T I . . .

_____

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang “yang tersedia”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di “sekelilingmu”
Lebih baik menunggu orang yang tepat
karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya
“seseorang”
_____

Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.





samb konvoi raya

3 11 2007

Alhamdulillah kenyang betui tadi… perut pun dah full! mana tak nyer melantak 6 buah open house! tak penah lagi beraya sakan cmni smpi 6 buah rumah sehari! plak tu setiap umah makan…perut aku pun dah rase cm belon… wpun korg nmpk aku kurus…

ok kite smbung cite balik…

Perjalanan diteruskan dan malam semakin pekat dan dingin… aku pun dah mulai mengantuk… jauh benar perjalanan kali ni… bertolak kul 3.30 ptg… aku melihat jam… dah pukul 11 … jauh lagi ke….? last2 aku tertido…tp

rase mcm baru je tido..tetibe dah nk sampai pulak…tgk jam..dah kul 12 ..malasssnyerrr nk turun…

tp memandangkan pihak lelaki dh sediakan makanan…turun jelah… tak taulah muka aku cmne dah waktu tu… kami 9 buah kete dah sampai… masing2 kepenatan… mana tak nyerrr dari ptg td…mujur aku tak drive…aku yg slalu drive 4 jam pun penat…

diorg hidang nasi…tp yg sedap tu sambal belacan dia… perrrgh terangkat…beb ! sbb ade kerabu mangga…mmmm…

Pas makan kitorg pun g resort… resort tak jauh sgt…dlm 10 min sampai… mmg menghadap laut lah… telingaku menangkap bunyi deruan ombak memukul pantai… Wah bestnyerrr…esok leh mandi pantai nih…

yg penting skg nak tido…! Rupenye resort ni baru disiapkan… ade jugak yg lum siap… agaknyer kitorglah yg bertuah jadi org first yg rasmi…. byk bilik… kat bawah ade dorm… aku igt sape yg bujang duk dorm… jenguk2 lerrr…warga emas belake …. so rupenyer dorm warga emas… dan sblh tu dorm budak laki bujang…

aku pun naik atas..dpt bilik 2 org … aku share ngan adik aku bertiga..tp tempat baru aku susah nk lelapkan mata bersembang lak ngan adik aku…..tp last2 tido gak dlm kul 2pg ZZZzzzz…fuh penatttnyerr…





konvoi raya

1 11 2007

Setelah beraya di rumah sanak sedara pada hari raya pertama… raya kedua aku duk umah je… org plak datang bertandang…

Pagi tu memang kene leter lah sbb tak masak.. so, thari… kami sekeluarga masak. Ayah aku lah ketuanya… aku just tolong prepare bahan jekk… kitorg masak nasi beryani…dengan kari daging. Ape? kari KAMBING? I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA….hehehe… takpe ni bukan kambing tapi rusa…..Tak silap aku thn lepas pun kitorg masak nasi beryani… mmg lakulah abis….. malam tu pergi kenduri umah sepupu tuk aku…(open house lah kire kalo kat bandar). Dah lama aku tak jumpe dua pupu mak aku.. anak dia pun dah besar2…nk g oversea sorg..

Raya ketiga ktorg akan pergi terengganu ikut rancangan kul 3 ptg nk bertolak… Aku tak pernah lagi g besut…kalo K.terengganu, jertih tu pernahlah…tengah hari tu aku pun takde idea nk masak pe selain ikan sardin dan gulai lemak ikan masin…masakan kampung

Biaselah nak konvoi ramai2 ni puas nk kumpul org… dlm kul 3.30 baru setel…Ramai gak yg ikut… ade dlm 10 buah kereta.. ( termasuk kete pengantin..) tp 6 buah kete gerak dulu…

Memang Best konvoi ramai2 ni… dulu penah gak konvoi berarak sepupu mak aku kahwin kat Perak… dah lama tak berkonvoi nih.hehe… Kitorang berhenti berehat dan solat di Gambang,Kuantan. Biaselah konvoi bile dah ramai nih… asik berhenti je…nak g tandaslah… nak isi minyaklah…terlepas trafik light lah.. kitorg ikut highway dan kuar melalui Jabor.. Kire dalam kul 7 dah masuk tganu..Kemaman..

Pastu kitorang lalu tempat pemprosesan petroleum iaitu di Jerteh…mmg terpegunlah tengok lampu terang benderang… pemandangan yg sgt cantik di waktu malam… mcm kota yg indah dihiasi dengan lampu2….

Dalam kul 9 lebih sampailah kitorg kat umah makcik aku kat Kuala Terengganu..

Aduh…belum sampai Besut lagi…lagi 2 jam lagi nih…budak2 ni dah lapar…. mujur de bawak nasi ngan lauk kenduri mlm tadi..bukan nasi je tapi ngan periuk nasi skali! pe lagi g goreng nugget.. fuh masing2 kebulur nmpknyerrr… abis lauk! aku cume isi perut ngan mkn keropok… perjalanan perlu diteruskan…tak sempat nk melepaskan lelah…





10 KEBENARAN TENTANG LELAKI

1 11 2007

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

sumber: resepicinta.blogspot.com

p/s: sebenarnya lelaki seorang yg agak lurus.. tp malangnya jawapan yg dijawab seringkali tidak memuaskan hati wanita…kepada wanita,jadikan ini sebagai panduan untuk lebih memahami lelaki.