Oooo..balik kampung…

24 10 2007

umah Tuk

Al-kisahnya seperti biase aku balik raya kat kampung mak aku kat Chenor, Pahang…

Petang khamis baru bertolak ke kg. Bukak pose pun dlm kete dlm keadaan jem lagi kat Cheras… Kitorg mkn kuih muih dan jagung rebus…

setelah 3 jam sampailah kat kampung halaman yg dirindui… apsal gelap je…?takkan kitorg org first balik? tp aku rase mak lang aku mesti ade coz dia tgh pantang…

Kepulangan kitorg rupenye disambut oleh Jabek… bukan Jibek tau… tp bunyinyerr Mbekk… mbekkk…

Blum aku masuk ade org sebut nama aku rupenye…. aisehh.. mmg tak sah kalo name aku tak naik kat kg… Rupenye ade org rindu kat aku….(perasan la plak….)

Tak sangka plak jadi famili yg first balik kg (after Pak lang aku). Dapat aku tgk baby pak lang aku… Zulaika Adriana Zaidi… atau nama manjanya shepett… sbb mata dia yg kecik tuh..

Mak cu aku lum kahwin lagi so, mmg adelah kat umah tu… Leh jaga Tuk aku yg tinggal sorg dan jaga biri2 ayam itik kat kg…..

Tuk aku g terawih ngan Pak Lang aku.. pas solat, kitorg pe lagi mkn lah… mengisi perut setelah berbuka dlm perjalanan…

Tgh mlm aku mengagahkan diri menjahit… korg taulah aku ni malas menjahit melainkan terpakse… kalo tak, tak siap baju raya aku… lusa dh nk raye…

Pastu aku dgr bising2 rupenye mak cik aku balik( aku panggil Achik) dengan suami dia… Pengantin baru katakan.. best lak tgk org dh kahwin nih… asik bersama ke mana shj…

Adik aku plak tolong wat kuih putu kacang ngan mak cu aku..

Kuih wajib umah Tuk aku tuhh.. aku tak bape makan kuih byk tepung…ntah rase cm berhabuk2… kat tekak.. (alamak terkomen ler plak..)

Baju raya kali ni lain dari yg lain sbb songket… hehe… aku ni suke bebenor cube mende baru.. warna merah lak tu…suatu warna yg dulu aku tak suka… tetibe suke le pulok..

Tuk aku tengok, uiii.. mcm baju pengantin kata nye… Ye ke? aku tgk biaselah fesyen skg.. kalo dulu yelah pengantin je pakai songket… pastu abih dia kuar dr gobok baju mak aku kahwin dulu2… elok lg… tp rasenye tak padan kot ngan aku…

ape pun aku tido awl sbb dh berat mate ni.. smbg esok le plak…





Kenali Lelaki

24 10 2007

Khas untuk bacaan kaum Hawa

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Oleh itu, sedikit kajian telah dibuat untuk mengenali lelaki melalui tindakannya:

  • Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.
  • Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.
  • Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.
  • Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
  • Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

  • Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.
  • Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.
  • Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.
  • Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:- Dia sayang dan takut kehilangan anda- Dia mahu menguasai anda- Dia tidak mahu ada pesaingan- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

  • Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.
  • Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.
  • Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.