Posted by: syahumaira on: April 3, 2009
lame dah tak update blog nih… actually aku ni merata2 tulis blog.. ade 3 tempat… korek2 ade la jumpe yg aku nk kongsi nk tepek kat sini..
Bln Januari aritu aku balik kg.Lame dah tak balik….
Aku terbangun sebab Ika (sepupu aku) menangis tgh mlm..Besela budak 2 kecik nangis… Adehhh…bising dan lame betul sampai tak boleh tido aku dibuatnye.. …pastu aku dengar Fadli bace Yasin… Eh dah pagi ke ni? Aku pun kejutla adik aku tido kat sebelah untuk bangun subuh.. Pas adik aku bangun, aku tengok la jam…haaa? kul 1.oo am lebih baru? asal ade org ngaji tgh2 mlm ni? bese sepupu aku tu takde la rajin mengaji…dgr mcm suara cik ngah la…bile lak cik ngah sampai? pastu tgh mamai2 aku nampak mak cu aku bangun, kuar..aiikk gi mana lak ni?
Pastu adik aku kuar bilik air,nk sambung tido… lama2 tangisan ika dah senyap..pastu aku dgr cik ngah aku gelak.. hahaha… (apesal aku rase mcm seram je bunyi gelak dia?) pastu adik aku bukak cite.. kata cik ngah aku penah kene kaco, dlu mase duk baru pindah umah tu, rumah dia tu rumah lame rumah bekas moyang..so ade la mende2 tuh…tapi aku tak de la nak gi kuar bilik nak tengok ape yg berlaku,walopun pintu bilik terbukak… tak berani…huhu
Esoknye bangun pagi jek … cik ngah aku bising.. kejut bangun..masak.. adehhh.. berat tul mate nih..(tak bangun masak pun hehe..sib baik mak cu aku backing kata aku dh masak bfast ngan dinner smlm..hehe)Pastu mak cu aku bukak cite psl mlm td… barulah aku terus bangun… rupenye mlm td \’ramai\’ yg ganggu cik ngah aku..mak cu ckp dia dapat rase dh sebelum tu kehadiran benda itu… mcm tetibe toilet \’ter\’flush sendiri..pastu adik ika nangis tak berhenti.. (budak kecik kan mesti dia nampak..) Mak cu aku citela smlm, ayah ngah hantar cik ngah ke rumah tuk (tak pasti kul bape sbb kul 11 aku dah masuk tido..) sebab cik ngah aku cam dah kene ajerk..Mase tengah hari tu kitorg konvoi gi kenduri kawen, ok jek aku tgk… bile dia balik umah dia, tinggal sorg mgkn tu yg jadi.. tak tau la ape sebabnyer tp ptg tu dapat tau ayah pengantin umah kitorg pegi tu meninggal.. petang mase kitorg datang tu pengsan…
Mak cu aku sambung cite,cik ngah mcm sesak nafas…pastu dia nangis2.bile paklang aku bace yasin salah, dia gelak.. makcu aku tekan ibu jari kaki dia ngan lada hitam, menjerit sakit…bile dah kuar tu,cik ngah aku tu jadi senyap…diam.. mak cu aku ckp sejak kebelakangan ni cik ngah aku kerap kene…. tak boleh tgk ular ke kucing hitam ke… leh kene..tapi mak cu ckp smlm dia rase cm lemah pas buang mende tu..(mgkn gak sbb mak cu skg tgh pregnant).Dlu penah kepala cik ngah aku panas..diorg letak ais batu bsr bongkah tu cair…!!! … . dah le bilik mak cu aku tuh tak de siling…berlubang nampak atap..kkdg rase seram gk kalo mlm2 tgk atas.. kang fikir lain lak…
Mmg pagi hari tu mmg mase aku dalam bilik air tengah mandi tetibe toilet terflush sendiri.. aku pelik gak.. tp aku fikir toilet rosak kot..mmg tak pikir mende lain so tak amik pusingla wpn byk kali gak la..lantak ko la nak flush,flush la ape aku heran…( maklumlah mase tu tak tau lagik…)kkdg tgh duduk lam bilik tu saje2 tetibe toilet tu terflush… dan baru aku perasan pagi ni dah takde kejadian tu lagik. Sepupu aku ,Soba lagi sedap, siap cakap woii..sape flush ? Bile dah tau ni…terasa takut lak nak gi toilet..huhu.. Mak cu aku bukak cite la org kene histeria la kat sekolah dia..mujur siang..kalo malam mau aku tak leh tido nih..huhu Tak sempat aku nk dengar butiran lanjut sbb mase mak itam ngan cu bercerita, aku kat dapur la, gi mandi la..pastu mak cu aku hantar cik ngah balik… aku lak balik kl pagi tu so tak sempat la nk jumpe cu aku. tp yg aku dgr cket ni pun aku dh takut nak gi toilet…dan kalo dgr bunyi pape aku dh rase seram..huhu (penakut jugak aku nih). Dulu aku takde la caye sgt mende2 nih… tp sejak tgk misteri nusantara dan alami sendiri.. baru caye mende2 ni wujud..
Posted by: syahumaira on: October 14, 2008
Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.
“Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq”.
“Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.
“Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.
“Itu saja ke haji?”
“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”
“Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.
“Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.
Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, “Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.
Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.
“Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.
“Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.
Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.
Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. “Dah mati ke bini aku ni?”
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
“Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”
Jawab si jembalang tu, “Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.
………………………………………………………………………………
ape moralnye?
bebelan pengubat rindu? hihihihihi…
bebelan tu tanda amik berat dan luahan rasa ketidakpuasan hati..sebab perempuan ni jenis expressive.. suka meluahkan bila tertekan.. kalo diam aje.. ade lak yg fikir.. isteri aku tak tanye ape2 pun… dia tak risau ke..tak syg aku ke? tul tak?
cume mungkin cara tu kurang disenangi… maklumla baru je balik lum sempat duduk dah kena soal siasat dan serangan bertubi2..
Cikgu sy pernah cakap. Perempuan start membebel bila dah kahwin… bile fikir balik ye tak ye jugak… sebab pe? meh kite tgk sbb2nyer…
-suami balik lambat
-rumah bersepah, berselerak..
-suami tak tolong buat keje umah, tido je..tgk tv
-suami tak tolong jaga anak
-suami tak bertanggungjawab, main kayu tiga
-mcm2la perkara yg tak puas hati…
pastu rasa tak secure perhubungan tu… tu yg timbul sangka buruk…
-lagi satu, isteri ni biaselah nak perhatian suami.. maklumlah bile lagi kan.. suami asik kat luar keje.. so, bile kat rumah tu la nk bermanje, nk amik sedikit masa nk borak..dsb.. jadi suami ni kenal jd pendengar yg baik..
kkdg perempuan ni dia cume nk seseorang untuk dengar luahan hati..nak sokongan emosi…empati.. (aku pun tak dpt jd pendengar yg baik..) tapi laki biase akan bagi cadangan utk selesaikan masalah tanpa diminta..(aku pun kkdg cmni..hehe) tu yg perempuan rasa laki ni tak memahami..
Anak dara nak bebel ape? bebel kat kucing? hehe…
what do u think?
Posted by: syahumaira on: September 10, 2008
Tajuk bunyi cam emosional..wakaka..
Bukannye ape..sbb ade kwn pd kwn cyber aku ade masalah komunikasi dgn suami dia. Lepas 5thn kahwin, hubungan pun mulai hambar….
Bila bercakap, suami buat2 tak dengar..
mungkin spt joke di bawah:
6 minggu, 6bulan dan 6 tahun selepas kahwin:
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
Sedih betul setelah 6 tahun…tu baru 6 thn..agaknye cmnela kalo 30 thn?
Bukannye ape kadang2 kite lihat sebelum dapat, fuh, lautan api sanggup diredah… sanggup tunaikan ape sahaja permintaan kekasih…tapi mengapa setelah menjadi hak milik dilayan biasa sahaja..? Sedangkan isteri lebih berhak dari kekasih kerana cinta antara suami isteri cinta yg suci.(halal)
Bila membaca blog kawan saya yang baru menempuh alam perkahwinan… barulah nampak realitinya…. kawan saya bercinta dengan org lain tapi kahwin dengan org lain…
Bercerita tentang penyesuaian dengan kehidupan dan title baru sedikit sebanyak mencabar mental dan fizikal… Hidup sebelum ini solo, kini berdua… jika dahulu tak pening fikir kepala pasal org lain… sekarang ni balik rumah dan ada tugasan menanti… tanggungjawab yang lebih berat yang tentunya menagih sebuah pengorbanan yang bukan sedikit…. adegan rajuk dan air mata sudah tentunya menjadi lumrah bagi awal perkahwinan ekoran pertentangan pendapat dan keegoan masing2. Dua insan berbeza jantina dan dari latar belakang , didikan dan persekitaran berbeza sudah tentu ada sedikit percanggahan dan perbezaan pemikiran, sifat dan tindakan. Di sinilah terujinya cinta yang sebelum ini berbunga2 indah…
Jika satu pihak menjadi api, maka satu lagi perlu lah menjadi air… jika api disimbah minyak tentulah api makin marak….cehh.. pandai tul aku bagi nasihat… tapi praktikal nyer lum tau lagik… dan tak semudah yg dikata..Biasela masing 2 berdarah muda, masing2 nak menegakkan pendapat masing2 dan tak mahu mengalah…Sebab tu kalo ade tak puas hati bincang dan fikirkan penyelesaian terbaik… tolak ansur dan keterbukaan tu main peranan..
Menjadi seorang isteri yang bekerja bukanlah mudah. Dari awal pagi sudah bangun menyediakan makanan dan kelengkapan suami dan anak2. Basuh kain dan sidai kain.. kemudian bekerja.Setelah pulang bekerja, tidak boleh bersantai di rumah seperti zaman bujang..
Dulu aku pelik gak napela mak aku penat sangat… kain tak berlipat…bersepah2.. bile baca blog kawan aku yg baru berkahwin, barula tau… penat nak uruskan rumahtangga …..hal2 remeh memang tugas ibu yg take over… sbb perempuan ni agak teliti dan cerewet…terutama bab kebersihan, susun atur barang, beli barang, pemakanan anak2…
Sambung balik…sampai di rumah, perlu memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak2, mengemas rumah, basuh dan lipat kain yang bertimbun, basuh pinggan mangkuk, menyapu lantai dan mengurus anak2, amik anak kat sekolah, nurseri dan melayan suami yang semua ini memerlukan tenaga dan pengurusan masa yang teratur.kadang2 terlalu sibuk mengurus anak2 dan suami, diri sendiri terabai…patutlah tengok ibu-ibu slalu jek tension…
Besarnye pengorbanan isteri , dari mengurus rumahtangga, menolong suami menambah pendapatan dan mengandung dan membesarkan anak2.tapi berapa ramai suami yg tahu menghargai ? Isteri tak mengimpikan harta dan kemewahan cume kasih syg dan penghargaan dari suami… Jika suami memahami dan meringankan bebanan, tu cukup bermakna buat isteri.. Bertuah betul la kalo dapat laki yg ringan tulang nih..
Seboleh mungkin apabila bergelar isteri, isteri nak lakukan yang terbaik untuk rumah tangga… dan berusaha untuk menjadi ‘perfect’ .. tapi hakikatnya tak semudah yang disangka.. banyak ujian dan cabarannya.
Bertambah hebat dugaan apabila suami pula main kayu tiga dan ada wanita lain. Kesetiaan dan pengorbanan isteri selama ini bagaikan angin lalu yang menghembus… tiada erti buat suami…
Apa kurangnya isteri?
Seringkali isteri dipersalahkan dan dicari kesalahannye …
Bila suami cari lain biase org akan melihat kepada silap si isteri…
Sedangkan kegatalan si suami dan silap si suami jarang dilihat ..sedangkan suami itu ketua dan sikap isteri adalah cermin suami…suami seharusnya memikul tjawab mendidik isteri..
Mari kita lihat apa rungutan yg selalu keluar dari mulut suami…
Selekeh? — laburkanlah sedikit duit untuk dia menghias diri dan mencantikkan diri…beli kan dia baju yang cantik.. siapa yang untung? suami jugak kan…
Dan boleh jadi sebab tiada masa, menyebabkan tak sempat nak berdandan.. jadi ringankan tulang membantunya membuat keje rumah… dan bagilah galakan baru dia bersemangat! Galakan tau.. bukan sindiran…ahaks!
Pemarah. garang macam singa?
Ya, ramai suami terkejut apabila isteri yang dulunya lembut berubah menjadi garang… malah membebel pulak tu… adehhh…
Rilekk…rileks…Dia marah tu mesti bersebab…Selidiklah takkan dia marah tanpa sebab…beb.. mesti ada..anda yang tak perasan kot…
kkdg kesilapan tu nampak kecik pada suami, tapi besar pada isteri. Bukan dia memperbesarkan, tapi itu la beza pemikiran laki dan perempuan… dan lagi satu, selidik mungkin dia tension. Tension leh menyebabkan seseorang moody… marah… mungkin ade masalah kat tempat keje, masalah dengan kawan, jiran, keluarga,
ntah2..anda ade buat dia kecik hati… ataupun keje bertimbun2 dengan rumah bersepah… lum lagi karenah anak2 yang merengek menangis…leh jadi gila cmni…..
Amik berat dan amik tahu..kalo dulu mase bercinta sibuk tanya buat apa itu ini…sakit pening sume tau. Ni takkan dah kahwin buat dono jek.. karang u sakit dia buat dono karang baru tau!
Satu sms suami tanya pasal keadaan ister @ aktiviti dia hari tu pun dh mengembirakan dia.. senang je kan ?
Lagi satu ha… kalo masa dia PMS tu jangan la cari pasal.. kalo tak abis anda..sebab org tengah sakit, bila dikacau melenting dia… dan kebanyakan perempuan masa ni mudah nk marah… tapi tak sume cmtu.. ade yg jadi sensitif mcm aku ni.. hehe..
Terlalu Sibuk
Maklumlah bile sibuk ni kadang2 ade yang terabai…jangan memendam rasa kelak ia akan melarat. Bawa berbincang dan luahkan ketidakpuasan hati. Tegur dengan baik. Isteri tempatnya di sisi suami.. Setinggi mana pun jawatan anda ditempat kerja , anda tetap seorg isteri bila di rumah.Masa yang ada hendaklah dimanfaatkan sebaiknya..kualiti yang penting. Di samping teguran tu, ringan2kan tangan membantunya mengurus keje rumah dan anak2….. tak jatuh pun maruah suami, malah disayangi lagik..hehe. Bagi mengelakkan rasa terabai, apa kata anda luangkan masa dengan hobi …jadi masa lebih terisi. Tolak ansur dan kerjasama bagi saya amat penting, kerana apabila kedua2 pihak saling membantu menguruskan rumah tangga jadi masing2 akan lebih memahami dan menghargai pasangan masing2.. Sesekali cari masa untuk keluar berdua untuk menhangatkan kembali hubungan dan meredakan tekanan ..
Jika ada masalah lain, berbincanglah… bukan mencari masalah dengan curang di luar!
Isteri pun manusia biasa, bukan superwoman…ade kelemahan. Kelemahan ini lah yang perlu dilengkapi suami…kerana isteri pakaian suami, dan suami adalah pakaian isteri.. Tiada manusia yg sempurna..
tertarik pada suatu kata2 ni :
“A great marriage is not when the perfect couple comes together ,
it is when the imperfect couple learns to enjoy their differences”
Mengapa isteri tidak dilayan seperti permaisuri? Sedangkan suami dilayan bak raja… Ada isteri yang cantik dan baik pun suami masih mencari lain… Itulah sifat manusia yang tak pernah merasa cukup dengan apa yang ada… bila dah hilang baru tercari2. Malang lagi ada yang memerlukan isteri hanya bila susah, bila nak sesuatu dan selain dari tu tak dipeduli…Hina sangat ke kedudukan isteri daripada kekasih?
Bukan nak suruh manjakan isteri sampai naik kepala, tapi di mana lagi isteri nak bermanja kalo bukan pada suami…malangnya ramai suami yang tak faham dan merasakan isteri mereka mengada2.. Kenapa isteri dilayan macam kelas kedua, sedangkan kekasih yang tak de ikatan tu dilayan istimewa…sungguh tak patut! terfikir jugak, adakah bunga2 cinta tu hanya indah bile masa bercinta, tapi layu setelah berkahwin?
Memang laki yang tak kuat iman boleh tergoda dengan perempuan di luar… apatah lagi kestabilan ekonomi dan perwatakan yang matang menjadi idaman gadis yang mencari calon suami di luar sana.. tapi it takes two to tango!
Ramai tak menyedari pentingnye memikat isteri.. proses memikat ini bukan terhenti setelah berkahwin.. kerana hati manusia ni ade pasang surutnye… kasih syg kalo tak dibaja kan akan layu… susah hati kan bila suasana semakin hambar… Sebenarnye bile seorang isteri ni dilayan dengan istimewa dan dihargai, self esteemnya akan meningkat dan ia akan menggembirakan orang lain di sekelilingnya… Tak caya? try la…hehe..
Tentu seronok kan melihat insan yang kita sayang ketawa gembira… Bila hati suka dan tiada masalah dan tekanan, nak buat kerja pun mudah dan emosi pun ceria… (^_^)
Berhentila mencari kekurangan isteri, sedangkan kita sendiri pun tak lari dari kesilapan sebagai manusia…Perbaiki kelemahan untuk keharmonian perhubungan..Sifat sabar tu sangat penting, maklumlah emosi perempuan yang tak menentu.. andalah yang perlu membimbingnya supaya tak mengikut hati… Jika sebelum berkahwin , beria2 lakukan apa sahaja untuk menawan hati si gadis…
Mengapa anda sebagai suami tak bersungguh nak memenangi hati isteri? Tak sukar jika anda tahu kuncinya...
Ade satu poll yg dibuat berkenaan apa yang isteri nak daripada suami? kat forum.cari.com.my. Dimana setiap org boleh pilih tak lebih dari 5 pilihan.
tau tak pe resultnye ?
jeng2 jeng…
ni senarai ikut undian tertinggi..
1. kasih syg (love)—- 91 ( 18.84%)
2. perhatian (attention) 68 (14.08%)
3. teman bicara (a friend to talk) 67 (13.87%)
4. belaian mesra (warm affection) 54 (11.18%)
5. respect ——– 51 (10.56%)
6. tlg jaga anak & urus keje rumah — 46 (9.52%)
7. timbang rasa (understanding) – 42 (8.70%)
8. penghargaan (appreciation) —- 38 (7.87%)
9. Great lover —– 20 (4.14%)
10.kmewahan —– 6 (1.24%)
Ni result general je la..Semua tu kemahuan perempuan.nasiblah takleh vote lebih dari 5 kalo tak pening nk kire… cume,lain perempuan lain prioritinya.. nak tahu tanye lah sendiri pada si dia… hehe..
Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran…
Di rumah dia isteri, Di jalanan kawan.. Pabila buntu dia penunjuk jalan…
Panduan telah diringkaskan oleh Ustazah Norbahyah dalam ungkapan S.U.A.M.I I.S.T.E.R.I
S- sabar dengan karenah isteri
U-
A- akhlak dengan isteri, keluarga
M-memimpin anak isteri
I- Ikhlas dalam melaksanakan tjawab
I- isteri idaman,patuh pd suami
S- Sayang, setia pd suami
T- tabah
E- elok akhlak
R- rendah diri ,malu pd suami
I- Ilmu mesti ada
* Petua ni saya ambil dari rancangan Semanis Kurma 11/9/08 tv 9.U -Tapi tak sempat salin U untuk apa.hehe
p/s: Ape la aku membebel pagi 2 ni .. kahwin pun belum hehe… terajin lak buat ulasan kisah2 rumahtangga. komen dialu2kan..
Posted by: syahumaira on: September 2, 2008
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun…..terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam…..
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku…akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…….
Yang benar,
Hawa
Nukilan ni sy copy paste… bukan sy tulis tau!
Adam sunyi tanpa Hawa.. dan Hawa pula menginginkan Adam untuk memimpinnya..
Posted by: syahumaira on: August 18, 2008
Dum!! Aku tergamam kejap bile budak moto tu jatuh ke jalan… Alamak , What I’ve done? rase macam cemas, panik … mcm2 aku rase… Daripada nak cepat ha kau..terus jadi lambat…. Pe aku nak buat ni???? mujurlah kawan aku ade, dia suruh aku ke tepi dan aku pun ke tepi… dahle time org nak gi keje…baru jek aku kuar umah lam 10 min…
Pas tu aku pun kuar kete utk tengok keadaan budak tu… kaki dia luka… jalan pun terhencut2…kesian lak aku tgk..kawan2 dia yg naik moto ade skali kat tepi tlg dia.. Dik, akak mintak maaf sangat2 , nak cepat td.. tak perasan…. mmg aku tak perasaan pun ade moto… sebab lps van ngan kete tu aku igt clear, tu yg aku keluar… haaa..rupenye.. moto tu dah dekat tepi kete aku…. blind spot… amikkk kauuu…
mase aku kuar umah tadi lam kul 7.05 pg… seminar tu kat shah alam, kul 8-9 registration. Semalam survey jalan dlm 40 min, tu sebab jln lenggang, tak jem.. ni mau dlm sejam sampai.. tu yg aku kuar rumah awal tu… Memang confirm aku dtg lambat nih… tgk moto dia tak de mende sgt, cume side mirror belah kanan dia pecah… ni dah kali kedua side mirror kiri aku pecah nih… Then, hantar budak tu gi klinik… aku mmg dah serabut, kalut time tu… tak leh nak fikir ape dah…sampai leh hon kete depan kat trafik light merah ! Adoiii…malunyerrrr!!! aku igt hijau dah , rupenye tu utk lane sebelah… kalutnyer pasal cmtula jadinyerrr!!! mujur kawan 2 aku ade skali… dia la yg borak2 ngan budak tu lam kete… sampai kat klinik kesihatan, argghhh!! tak bukak lagik… yelah klinik kerajaan bukak kul 8.. mase tu baru kul 7.30 . Kitorang suruh gak bukaka sebab emergency case… tp tunggu gak la kat situ dlm 10 min …
Budak tu lepasan SPM,keje attendan pam kat shell dan dia pun nak cepat gak mase tu… aihh..mujurla dia luka cket je… dia baru je keje sehari pas MC. Tengok2 hari ni MC lagik… huhu…
Pas klinik dah bukak.. terus kami masuk ke bilik rawatan. Amik IC budak tu dan gi daftar. Ramai gak orang gi klinik pagi2 nih… Klinik bukak awl ari nih..hehe..
lame gak la tunggu situ… Ntah ape la nasib aku ari ni… first time ni aku langgar org.. . takpelah mungkin ade hikmahnyer… ape ye…
kalo mamat hensem leh gak berkenalan… (ceh…sempat lak aku berangan…hehehe..)..
Pas dah siap, hantar la budak tu balik shell. Dia nak hantar moto dia gi bengkel… disebabkan kecuaian aku, so, aku tanggunglah kos repair moto dia..aku pun tak sedap hati la kalo biar camtu je kan… ok.. nasib budak tu tak de la banyak cakap sangat… so abis setel la… aku pun pe lagi teruskan perjalanan gi kursus tu… dah nak kul 9… kete pun dah semakin banyak…
sampai kat golf resort tu dah kul 10.15pg.. penat aku berpeluh2.. Sampai 2 je.. mujur la ade tempat kosong… ramai gak participant… mase refreshment tu baru dpt tgk most of participant from food companiesand research institution…ade akak tu tanye daripada company ke? tengok tag sticker Alahai… rendah diri lak rase… sbb student jek… Dia daripada MPOB. Ramai gak chinese… malay kebykannye daripada research institution like mardi, MPOB… dari U tak ramai sgt… Mase ni la nak luaskan networkning ye tak? Dapat gak berkenalan dgn sorg akak ni dari Behn Meyer Foodtech, kebetulan aku plak tengah cari fruit extract nih…
Petang tu ade factory visit Flavor Inn kat Kota Kemuning.. Mase tu kul 3.30 pm hujan renyai2… Kilang nih kire baru lagi thn 1996.. buat flavor jenama FIC.EXPERIENCE THE TASTE AND AROMA Kami pun dibawa melawat ke lab2 dia. Memang pening tul sebab aroma macam2 … flavor la katakan… lab tu mmg tempat diorg blend flavor. Actually diorang jual artificial and natural-identical flavor. Natural identical flavor ni macam durian flavor, mango flavor, flavor yg wujud semulajadi, di blend mimik kepada yg natural flavor.
Pastu gi lab lain lak..lab application…ni best ni ade masak2… lepas flavor tu di buat, ia akan dimasukkan dalam makanan spt biskut,muffin, jelly utk tgk adakah sesuai dan jika tidak, modification perlu dilakukan…
Gi lab formulation dan QC. Lab QC biasela check kawalan kualiti.. Specific graviti, Refractive index and also sensory evaluation. Then turun bawah tgk banyak kotak2.. ni sume stok utk raya nih…hehe..kuih2, biskut raya.kek… slalu tgk kat kedai dia jual lam botol kecik color hijau, brand FIC.
Dlm kul 5.00 ptg abis… bersurai..aku pun memecut pulang… bwk jalan biase ok je.. cume kalo roundabout tu susah gak takde side mirror… terpaksela pandang belakang.. Alhamdulillah la selamat sampai..
Balik tu pas amik diorang kat komuter dlm kul 6ptg lalu balik jln pagi …tgk ade lak laki india terbaring kat kaki lima kat pembahagi jln…tak jauh dari tempat aku eksiden pagi tadik… aku tak tgk sgt..takut huhu.. … mana taknyer sebab penah langgar org… mujurlah adik tu tak de pape… yg ni pun kemalangan moto ngan kete… tak tau la india tu pengsan ke hape…
Pastu mase ahad tu lak gi UTM.Aihhh..ntah ape ade eksiden lagik… takut lak aku rase… asik tgk eksiden jek pas kene ari tuh…ni kat depan pintu gerbang …viva tu hampir langgar pokok dah.. kemek kat depan… manakala moto tu terperosok bwh kete…Dahsyat !!! ni mesti bawak laju nih kete turun bukit…moto lak dari kiri pastu tak sempat break… bertembung… org tak nampak pun…mgkn gi hospital… aku igt tak de pape la… alih2.. ari isnin tu ade bump baru kat simpang tuh…. UTM ni memang kaya dengan bump.. tambah lagi satu..rupenye.. kawan aku bgtau eksiden aritu mase tu jln licin,sorang budak perempuan meninggal… sorang lg tgh operation… Diorang kata tak pakai helmet… kepala dia cedera parah dan mati kat tempat kejadian…Errkkk… seram jap rase…insaf jap… Dlu aku ni leh tahan gak rempit woo kat highway… nampak jek ayu… (diorg la kata..bukan aku yerkk..) tu la jgn tertipu…hehe..
Kite tak tau pe yang akan terjadi dan mendatangi kita… so berhati2 di jalan raya…
Posted by: syahumaira on: June 25, 2008
org perempuan slalu merungut tentang egonye laki tu… bgmana nak menegur seorang lelaki?
dan seeloknya didiklah anak ni bermula dari rumah..
mmg lelaki ni bile dah jadi buluh susah nak dilentur…
aku penah tanye lelaki bagaimana nk menegur lelaki dan teguran bagaimna yg disenangi?
dan respon yg aku dapat ialah :
Kebiasaannya lelaki bila berumahtangga di anggap rumah yang dibinanya macam rumah mak bapa nya sendiri… kalu rumah mak bapa nya tak ada sistem rumah tangga (lintang pulang).. benda ni boleh mempengaruh dirinya.. jika dia sendiri tak pandai hormat org tuanya atau ahli keluarganya macam mana dia nak hormat isterinya..
org lelaki memang susah sikit.. kena ada scale yg tinggi.
Jgn tegur ketika dia sedang lakukannya
Tegur jgn berulang2… cakap sekali aje.. kata2 mesti padat dan ringkas..
Jgn tegur depan org lain
Jgn cuba compare dgn lelaki lain yg lebih hebat darinya…
Jgn sekali cerita perangai / tabiat lelaki tu pada pada org lain ketika ia ada sama..
Yg paling lelaki boring sekali leteran yg beterusan…Cuba guna pendekatan becerita sambil bertanya..
Cuba dapatkan pandangannya dlm sesuatu pekara.
Sebenarnya lelak ini suka becerita dan suka beri komen
Masa yg sesuai ketika makan bersama, bersiar bersama atau menonton tv bersama..
Soklan mesti jangan menekan.. jgn sampai ia rasa bersalah..Nak kasi lelaki rajin….. emmmmmm..
Buat2lah sibuk depannya macam tak de masa nak besama…
Ada saja pekara nak buat.. insyaallah ia akan sedar bantuannya di perlukan..
Atau.. lambat kan masuk bilik .. biar dia tuggu lama sikit..
Dah masuk bilik cari minyak agin.. sapu di lengan .. tunjuk macam lengguh buat kerja rumah.. nak kasi real lagi cari kain balut tangan.. mesti suami kata jgn la buat kerja teruk2
Jawab ringkas aje “kalu saya tak buat siapa lagi nak buat” jgn sambung “abg bukan nak tlng” itu boleh merosakkan teori ini…
Amalkan seminggu dua..Selamat mencuba ..
kalu gagal juga..
suami tu memang jenis LELAKI LOW CLASS….
Laki tu kalo dah jadi buluh, susah nak lentur…
Saye rase ramai perempuan akan cakap ” awak bukan nak tolong…”. patutla teori tak jadi…hehe
point taken.. 
sbb perempuan ni mulut dia lebih laju dari akal dia..
yg dia tau nak luahkan pe perkara yg tak puas hati dlm kepala otak dia..
kire release tension dia…
tu pasal la bile perempuan tension,GERAMMM… tu kdg2 meleret2 ntah bende lain pn dia ungkit..

tu belum lagi kalo balik lewat ke… lagi berjela2 la ceramah ..
anak berderet lagila leteran tu mcm mesin gun 
betul la org ckp perempuan ni start berleter bile dh kahwin…
silap ckp dh terluka hati
silap cakap, dah merajuk
silap cakap makin buruk jadinya..
bahaya kata2 nih…
nk kene belajo mengayat nih…
Lelaki ibarat buluh…
mmg buluh tak leh lentur..
tapi dibelah , di raut kendian dianyam jadi lah raga ke ,bakul ke dan brg prhiasan lain..
maknnya lelaki ada part yg dia lemah.. baru boleh jinakkannya..
laki mmg tak suke diarah2 dan di control,
lelaki juga punya maruah utk dia pertahankan
jika wanita bergelar ibu atau kakak nya.. blh dia terima..
jika teman wanita dia rasa rimas
jika isteri .. hidup rasa mcm dihina.. jadi jgn konkong penghidupan lelaki“sdgkn perempuan suke ke tak suka mmg dia kene ikut”
dlm ertikata lain wanita itu lemah… tak gitu ??
wanita lemah pada tenaga nya bukan akal nya
jika berjaya cari kelemahan lelaki maka
dia digelar QUEEN CONTROL..“nape laki ssh sgt nak dgr ckp”?
kerna wanita cakap lain dari fakta…“tension,GERAMMM… tu kdg2 meleret2 ntah bende lain pn dia ungkit”..
belajarlah dari lelaki..
selalunya kalu lelaki tension dia akan lari dari keadaan
lepas geram di tempat lain..Tu dia pendapat seorang lelaki mengenai soalan yg aku ajukan kat dia.. (takpe ye aku tepek kat sini..)
Tips tu bukan saya kasi.. tapi ni laki yg cakap.. trylah.. mana tau berkesan!!! hehe..
Posted by: syahumaira on: May 5, 2008
Aku selalu terfikir mende ni dalam kepala otak aku….sehingga aku keletihan dan kering jiwa aku kerana cuba menghayatinya… terkadang aku sampai hampirrrr tak percaya dengan perkahwinan bahagia kerana terlalu banyak kisah yang menggerunkan yang berlaku di sekeliling… bila terbaca tentang satu artikel, barulah terjawab persoalan aku selama ini.. cube dari segi teori sajalah… tu pun aku dah bengkak mata memikirkan masa depan jika semua ini terjadi… kita hanya mampu merancang…
Nak kupas isu ni pun aku pun TAKleh nak cakap banyak sebab sekadar pengalaman org ..
Bercinta sesudah kahwin memang lebih selamat dari dosa.. dan tetapi mengapa ada jua yg kecundang? Mengekalkan cinta lebih sukar dari bercinta..Aku rasa kata2 tu ada benarnye…
Boleh dikatakan saban hari aku memikirkannya….perkahwinan tak sama dengan bercinta (sebelum berkahwin) kerana perkahwinan itu digalas dengan tanggungjawab… dan amanah.. matlamat hanya lah satu iaitu mencari redha Ilahi… malah ada hadis yang menyatakan Barangsiapa yang berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh agamanya …
Soalnya setelah berkahwin, mengapa cinta pun turut layu seiring dengan masa? ada yg mengatakan setelah berkahwin cinta itu bertukar kepada tanggungjawab…betul kah?
Ada pula yg setelah berkahwin beberapa tahun tidak timbul rasa cinta pada pasangan dan kehidupan yg dilalui hanya atas nama tanggungjawab sebagai ibu, isteri.. kerana hatinya telah hancur dengan sikap suami yg kurang peduli akan perasaannya dan melayannya dengan baik.
Kebahagiaan diukur pada rasa ketenangan menurut Pahrol juoi dal m bukunya Satu rasa Dua hati..Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.
Senario yg kita lihat hari ini.. ada pasangan yg bercinta sebelum berkahwin tetapi bercerai setelah beberapa tahun kahwin kerana tidak sefahaman lagi, curang dsb. Ada juga pasangan yang mengharapkan bercinta setelah kahwin, tetapi setelah berkahwin tidak bertemu cinta… malah tiada rasa cinta pada pasangan… seterusnya berlaku curang dengan pasangan apabila bertemu dengan ‘cinta’ yg diimpikan….dan selama ini hidupnya sekadar tanggungjawab tapi tanpa cinta…. persoalannya di manakah silapnya?
Ye betul,lelaki setelah berkahwin fikirannya tertumpu bagaimana nak cari duit lebih untuk sara keluarga, tampung perbelanjaan sekolah anak2 , bayar loan rumah dll. Tetapi AWAS!!! sekiranya kehidupan yang dilalui setiap hari dengan rutin yang membosankan.. pergi keje.. hantar anak sekolah… balik rumah amik anak dan makan… kemudian tengok tv dan tido… tiada gurau senda dan masa berkumpul bersama dengan keluarga…cepat2 cari formula untuk menyuburkan rasa cinta dalam hati.
Rasa cinta tidak dibajai ia akan layu… jadi yang tinggal adalah tanggungjawab… Aku yg belum kahwin ni pun pilu je rasa hati bile aku meletakkan aku di situasi itu…huhu… yelah… sape tak sedih jika suasana hambar…tiada lagi serinya….
Aku slalu membayangkan tersiksanya jiwa jika pasangan tidak memahami dan menyayangi kita.. ya.. cinta perlu dipupuk.. jika tak dibajai ia akan layu.. seringkali terdengar rungutan pasangan yang telah berkahwin tentang pasangan tidak mempedulikannya… tiada lagi bunga2 cinta sperti sebelum kahwin… masing2 kelu dan dingin.. kadang2 bercakap pun sebab layan anak…selebihnya masing 2 buat hal sendiri…menyedihkan bukan?
Di sebalik kesibukan mencari duit untuk menyara keluarga, hingga tak sedar mengabaikan isterinya… bukan tak cukup perlindungan dan kemewahan yg diberi… tetapi jiwa ketandusan kasih syg seorang yang bergelar suami!!!
pelik bukan..kalo sebelum kahwin bukan main lagi beriya2 memikat si gadis untuk menyunting… tetapi apabila telah dapat , tidak dijaga dan dibelai dengan baik…Bukan nak sentiasa romantik… cume nak disayangi dan dihargai…tak susah pun nak pikat isteri..Berapa ramai lelaki yang melayan isteri nya seperti ‘ratu’ sebagaimana isterinya melayannya sebagai ‘raja’? Bukan ape..apa kedudukan isteri di mata suami?
Seringkali isteri meluahkan perasaan pada org lain , pada teman rapat, teman sekerja sebagai cara melepaskan tekanan… masalahnye bile ade lelaki lain yang menjadi pendengar setia luahan masalah dan mengambil kesempatan atas krisis rumahtangga yg melanda… sebab apa? sebab suami nya tidak ingin menjadi pendengar setia…
Lelaki pula melepaskan tekanan berbeza daripada perempuan… jika perempuan cenderung menceritakan dan meluahkan perasaannya.. lelaki pula cenderung untuk menyembunyikan perasaannya dan masalahnya.. malah ia akan mengasingkan diri dan perlu ruang untuk menenangkan diri… ada juga yang melarikan diri dari masalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti seperti bersukan, lepak dengan kawan2, memancing dsb…
Perempuan perlu belajar memberi ruang dan sokongan pada lelaki apabila dia tertekan…lelaki pula perlu belajar menjadi pendengar yg baik dan bagaimana menghargai isteri… penat lelahnya menguruskan rumah tangga… ni bukan tolong isteri buat keje umah, tapi berehat sambil menonton tv! nak pegang tangan jangan haraplah…dikata buang tabiat!
Apa kata sekali sekala pergi cuti berdua, beri hadiah dan ambil berat dengan bertanyakan tentang aktivinya pada hari itu… menolong melakukan keje rumah, selalu membelainya dah menggembirakan HATI nya…. layan dia seperti permaisuri hati bukan seperti org gaji! Jika laki tu menghormati perempuan yg bernama isteri, dia akan melayan isteri bak permaisuri… dan menghargai pengorbanan isteri dan tidak membebankannya. Sebab Hawa tu asalnye dari tulang rusuk Adam, penghibur dan pembantu sayap kiri suami… Tunjukkan dari segi perbuatan dan perkataan yg anda menghargai apa yg dilakukannya.. Isteri mana yg tak gembira bila suami memuji masakannya… penampilannya… tu sume motivasi yg menaikkan moodnya.
nak menggembirakan suami pula bagaimana? dengan menawan mata, perutnya dan layanan di tempat tido..
Begitu juga dengan suami, sekiranya ada perkara yang tidak puas hati dengan isteri jarang diluahkan dan dibincangkan bersama… takut terasa hati.. sedangkan semakin dipendam dan akhirnya menjadi kudis yang melarat…. mencari ‘pucuk muda’ untuk mengisi kekosongan hati..wajarkah isteri yang tidak diberitahu salahnya dihukum sedemikian rupa?
Tu yang takut bile aku fikir pasal kahwin ni… bagaimana nak menghadapi cabaran rumahtangga? penyesuaian dengan pasangan… 5 tahun pertama perkahwinan memang tempoh untuk menguji keserasian… jika dalam 5 tahun ni tiada kesefahaman, bagaimana nak mengharungi bertahun2 lagi? Perkahwinan tanpa tanggung jawab @ cinta =sengsara !
Cinta lepas kahwin betul2 menguji keimanan dan sejauh mana ketaqwaan kita padaNYA..rencah org berkahwin ada pasang surutnya.. tegakah aku menghadapinya? terpukul lak rase… lidah hanya pandai berkata…
Sebaik2 suami adalah yang paling lembut terhadap isterinya… yang menjadi pemimpin dan pelindung..
Sebaik2 isteri ialah yang membahagiakanmu apabila kamu memandangnya,
menjaga hartamu dan kehormatannya apabila kau tiada…
“Tanggung jawab yang disulam dengan cinta yg ikhlas mencetuskan semangat dan keinginan yg tinggi untuk melakukan yang terbaik buat keluarga serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan berbanding tanggungjawab sekadar melepaskan batuk di tangga..” pepatah yg aku reka…hehe…
kata2 ust hasrizal ada benarnya..”apabila air pasang, cinta mengambil tempat, apabila air surut tanggungjawab dan peranan mengambil tempat..”
komen dialu2kan
Posted by: syahumaira on: April 15, 2008
Kenapa Allah SWT sering temukan kite dgn org yang salah?
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya apabila
kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada
rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK
DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan…
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA
KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan
sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri
tak pasti samada menjadi milik
kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhanNYA,dan
meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak
permintaan hambaNYA yg menadah tangan
meminta dengan penuh pengharapan HANYA
kepadaNYA..
Posted by: syahumaira on: March 4, 2008
Bercakap pasal cantik..semua org suka pada kecantikan…
Cantik, menarik kau memang the BOMB!
Tak salah nak cantik,tapi biarlah cantik tu bukan setakat luaran sahaja, tetapi merangkumi kecantikan dalaman kerana itulah kecantikan yg sebenar. Kecantikan dalaman akan menyerlahkan peribadi yg anggun dan menarik. Tapi ramai orang yg memandang cantik pada paras rupa sahaja..dan memandang org yg kurang cantik ini dengan sebelah mata… sedangkan semua itu adalah ciptaan-NYA..
kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka
pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan
yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya..
macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong
perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh
perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan
saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi
telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja luarannya)…
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya
halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga
memang harus menyayangi…
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat
luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
kalau lelaki handsome menuang air ke
gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki
gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke
gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu,
memang begitu….
kalau lelaki handsome hantar
SMS…cepat2 dibalas…
kalau lelaki tak
handsome dia akan ckp buang masa je layan
perempuan lak
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..
kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya….
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia…boring
Macam2 ragam manusia..tp ingatlah cantik tu tak kekal..
Biarlah tak cantik di mata tp hatinya cantik.. lagipun bile dah suka, sume tentang dia pun nampak cantik..
Altimet Feat Adeep Fabulous Cats – Chantek
hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara
apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya
chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu
dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga
chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa…
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu
aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju
chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar…
chantek…
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa…
ohh chantek…
sungguh aku cinta kamu…
Posted by: syahumaira on: February 10, 2008
Kerana Dia Manusia Biasa ..
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah
seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya
sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti
ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal
yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih
suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Sebenarnya….!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa
perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya
tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
“Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya
faham keadaanya ketika ini.
“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”
“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak
perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi
bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang
selama ini saya pendamkan.
“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci
meja hiasnya.
Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang
dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya
melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.
“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe……..
“Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan
senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan
sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi
surat itu………
************************************************************************
************************************************************************
****************************
Kepada Yth ………
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu’alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama …………… menginginkan anda ……………
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia
biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi
keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin
menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu’alaikum Wr Wb
************************************************************************
***************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.
“Kenapa kamu memilih dia……?”
“Kerana dia manusia biasa…….” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa
dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.”
“Maksudnya?”
“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada.
betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau
suatu masa nanti kami jadi miskin.
“Ssttt…….” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi
masih terngiang terus ditelinga saya.
“Gik…..?”
“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya
telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang
mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan.
Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada
seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan
untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga
ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Kisah di atas sedikit sebanyak telah mengubah pandangan dan persepsi saya tentang cinta. Kita terlalu mengagungkan cinta antara manusia, sedangkan ia hanya sementara. Cinta itu suci, tapi kita yang mengotorkannya dengan noda. Cinta itu anugerah dari Allah dan untuk memeliharanya ialah dengan mentaati Allah,walaupun tiada janji manis, harta, tapi andai kita mentaatiNya, InsyaAllah Allah akan memberkati kehidupan keduanya dan lahirlah kemanisan cinta yg bermatlamatkan kerana Allah..
Pimpinlah aku untuk mencintaiNya…
Recent Comments